Wednesday, November 27, 2013

Damia Hannah 7 bulan

Assalamualaikum

7 bulan sudah, sekejapan sahaja, macam baru jee lepas pantang hari tuu. Alhamdulillah sepanjang 7 bulan ni anak ibu sihat dan perkembangan jugak memberansangkan. Masa 5 bulan lebih hari tu berat 6.4 kg. Sekarang memang dah bertambah-tambah laa, cuma tak tahu berapa sebab bulan depan baru nak pergi jumpa paed.

Mula makan masa 6 bulan, ngam-ngam masuk 6 bulan start bagi Damia makan puree buah. Suka dia makan, favorite puree buah dia avocado + pisang, pisang dan mangga. Ajar dia makan dalam kuantititi yang sikit dulu sekali sehari. Ni dah masuk 7 bulan dah tukar bagi nasi+sayuran+ kurma yang di blend. Antara menu yang menjadi favorite dia nasi+carrot+kurma, nasi+labu+kurma dan kentang+kurma. Kurma di blend sekali dalam menu tu untuk bagi rasa manis buah sikit. Kurma tu letak sikit jee laah, kulit luar kurma tuu dibuang sebelum diblend. Suka bebenar dia makan, lambat suap jee bising mulut. Sekarang dah up makan dua kali sehari, pagi gan petang. Makin bumbum laa anak ibu nih..hehehhehee


Perkembangan Damia masuk 7 bulan ni:- apa yaa, kejab nak refresh:-

1. bila minum susu dalam botol dah pandai pegang sendiri minum sampai habis
2. dah pandai main walker, boleh gerak ke belakang jee sekarang. depan sikit-sikit jee
3. dah angkat-angkat badan depan jee laa nak merangkak tapi tak bergerak sebab vontot berat sikit..kikiii
4. dah pandai merajuk, malam-malam kalau lambat bagi bf nangis sampai leleh-leleh air mata. sedih sangat kee lapar sangat ni..
5. suka sangat mandi..
6. suka sangat gelak, bila gelak jee tangan masuk mulut. kononnya malu laa tuu
7. suka tengok kartun mickey mouse, dah pandai tengok dan fokus
8. hah yang ni memang tak boleh menahan sangat suka sangat main kertas gan plastik. Bila tak bagi boleh buat amukan disitu.
10. obses gan abang Nuh. Suka tengok abang Nuh main, boleh gelak mengekek-ngekek dan suka kacau abang jugak. Bila abang marah dia senyum jeee
11. Ni paling best, dah kenal ibu gan ayah. Kalau ibu balik kerja tak ambik dia boleh dia pandang jee lama-lama uwaa uwaaa uwaaa..Nangis mintak di dukung..hoohooo
12. Suka tengok abc kat ipad
13. tidur still lagi suka dibendung, kalau tak bendung bising mulut dia suruh dibendung.
14. masih kuat tidur lagi purata tidur siang 3 kali. kadang-kadang saja nak buli bagi tidur dua kali saja.
15. malam 2, 3 kali bangun tuk bf
16. suka bangun pagi, otomatik pukul 6 jee mata dia bukak pastu senyum...kalau orang buat tak tau jee mulut dia tegur laa orangg,,ahhh ahhh ahhhh
17. gigi belum erupt lagi, tapi dalam proses sebab suka sangat menyembur dan gigit barang sekarang. Bila start menyembur boleh basah muka dia.hehhhehe, lagi orang marah dia sembur lagi kuat

Apa lagi yaa, tetiba macam lupa pulak..takpelah bila ingat kita top up lagi..

Ni masa 5 bulan
6 bulan
7 bulan

Wassalam

3 comments:

  1. alolo.comeynya dia
    sy paling suka tgk bby pegang botol susu :-)

    thanks kak :-)

    ReplyDelete
  2. Comeynya anak =)...hai JembalCastle...nnt follow sy ye - ahtzelin.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete