Tuesday, November 26, 2013

Abang oh abang..

Assalamualaikum

Damia sekarang dah 7 bulan, cepat betul masa duk jalan. Abang Nuh dah mula tunjuk jeles dia bila kita duk lebihkan adik Damia. Kalau kita cium Damia, pastu macam lambat sikit nak cium dia tang-tang tu jugak dia datang kiss dan hug kita. So kalau balik daripada kerja jeer bila bukak jeer pintu mesti kena kiss dan hug dia dulu puas-puas barulah boleh dukung, kiss dan hug adik puas-puas pulak. Haahaaa comel pulak bila tengok abang Nuh jeles. Kalau gan ayah lagi laa dia pantang baru jeer ayah nak bergurau senda gan adik mulalahh dia datang join sekaki.. Huuhuu

Bila kita tidur dan peluk adik hah dia pun sibuk jugak nak tidur sebantal tak kisah laa berhimpit-himpit bagai. Takut sangat dia kot-kot kita lupakan dia.. Aduhai wahai anak. Sekarang ni lagi extrem siap satu-satu baju adik dicubanya. Kalau ok dia pakai laa, memang tak laa kan sebab adik baru 7 bulan mana nak muat kan bila dia pakai.. Bertambah comey laa abang nie..

Semalam baru wat keluar walker dia dulu, bukan main lagi dia excited. Dia yang terlebih excited macam laa nak bagi dia main yaaa.. Bila kita explain kat dia yang ni untuk adik ummm kan main lagi dia marah. Nak jugak panjat dan duduk dalam walker tuu. Hai bersusah payah dia duk usaha nak duduk dalam tuu..






Memang sempit laa dengan dia, besar dah kan. Dia peduli apa, yang penting nak jugak duk dalam tu

Berjaya jugak akhirnya, tersenyum-senyum sukanyeer. Memang sempit yang amat dan kaki pun berjela jeer.. Nasib baik walker tuu jenis yang tahan, kalau tak ranap laa belum sempat adik cuba.

Siap pusing satu rumah, adik pandang jee peel abang.. Sabar yaa dik..


Bila dia dah puas baru adik boleh take over.. Haahaa kemain lagi adik duk terpicit sana, picit sini. Macam-macam benda dia nak explore

Cewahh siap tengok side mirror lagi tu, check apa ada kt belakang yaaa.

Kaki dah sampai, tapi tak pandai nak kayuh lagi. Sikit masa lagi tu pandai laa yaa.. Sian adik dapat walker pun yg abang puyer dulu. Takpa laa dik yaa, walker ni pun masih elok sangat lagi. Tak elok membazir kan... Heehee, ok sayang praktis make perfect. Nanti adik dah boleh teman ibu masak kat dapur. Ibu masak adik duk dalam walker...nice..

Wassalam


Monday, November 25, 2013

Jalan-jalan

Assalamualaikum

Cuti sekolah ni mesti masing-masing sibuk pergi bawak anak-anak jalan-jalan. Sepanjang tahun dah duk sibuk dengan agenda masing2, so kiranya best time laa sekarang tuk recharge balik apa yang dah berkurang dan hangatkan semula apa yang dah semakin terpadam

Well anak-anak masih kecik pulak tu tak masuk sekolah lagi pun, makanya takda laa istilah bawak anak jalan-jalan lagi ya..alasan sangat kat situ..

Hujung minggu ni banyak spend masa tuk famili cam biasa bawak dua beradik ni jalan-jalan. Bagi adik tidur dulu puas-puas lepas tu zass keluar.. Tak kemana pergi Rawang, pastu balik klang, abang Nuh nak singgah makan kfc pastu balik klang semula. Pastu lepas magrib berdesup balik rumah.. Adik dah mengamuk nak zzzzz. Keluar pagi balik malam.. Pheeew boleh tahan jugak penatnya walaupun pusing2 area lembah klang ni jeer..

Sambil dalam kereta duk berselfie gan adik dan abang..

Adik macam pandai jee duk pose tuu

Adik tak sempat nak senyum, ibu dah snap.. Huuhuuu macam masam jee die tuuu

Cubaan adik tuk pose muncung itik... Macam pandai jeer dia tuu

Pastu duk mengeletek gelak, kononnya pose dia tadi lucu sangat daaa

Tengok tu abang gan ayah macam kembar jee.. Asyik nak berkepit gan ayah jeee




Last abang pun duk join sekaki berchamwhore nii... Haaahaa

Wassalam

Thursday, November 21, 2013

Berjogging bersama si Abang...

Assalamualaikum

Kalau pc kat ofis takder internet, satu kerja pun tak jalan. Nampak sangat duk bergantung kat internet sesangat semua orang sekarang ni. Sanggap dah seminggu, habis paper work dah buat internet dak ok lagi. Payah betul. Harap-harap hari ni ok la encik tenet nih. Banyak kerja dah tertunggak dan banyak email nak kena hantar dan jawab...doa.

Petang semalam balik jeer kerja hujan dah berenti, kalau tak hujan rintik-rintik ni sampai ke malam. Rasa syoik jee kalau dapat bersiar-siar kat taman nih. Apa lagi ajaklah anak teruna temankan ibunyer berjogging kat area perumahan nih.

Wah kan main lagi seronok anak teruna ibu ni dapat berjogging petang-petang. Extra seronok abang bila duk jumpa ramai orang duk sama-sama berjogging. Habis semua orang ditegurnya..

Sepanjang jalan tak berenti abang duk jogging sampaikan bila ibu stop jer cepat-cepat dia datang dekat pastu cakap " ibu lari, lari, lari". Haish laa abang ni ibu dah semput laa dah lama tak exercise. Abang peduli apa dia tetap laa suruh ibu lari.. Bagus boleh jadi coach abang ni dan boleh bagi semangat ibu nak lari dan lari non stop walaupun perlahan like snail...kikiikiii.

Tengok tuu asal ibu stop jalan jeer siap marah suruh sambung lari.. Ibu lari... Ibu lari..,Macam kan kena kejar dog pulak yea..

Laju lari tu tinggaljan ibu terkedek-kedek kat belakang..bagus laa abang pun boleh exercise sama.

Sampai lencun baju basah berpeluh. Petang ni kalau tak hujan kita sambung jogging lagi. Boleh bawak adik Damia sekali...

Marilah kita bersenam buang semua lemak-lemak tepu dan tak tepu itu... Badan dah penat duk bawak lebihan muatan wehhhhhh.. Hehehee..

Wassalam

Friday, November 15, 2013

Merajuk

Assalamualaikum

Post title tak menahan sangat, merajuk konon. Ala-ala merajuk sebab TRW kalah piala malaysia hari tuu. Hahaha, kalut ehh sana sini, tak menyempat nak duk menaip. Bukak katup jee laa, bila nak start menulis idea ilang apa bendanyee nak ditulis. Yang duk heran nya bila tutup blog macam-macam idea duk mai, pastu duk cakap dalam hati sat- sat lagi laa update pastu nan ado.

Sebenarnya dalam 3 minggu lepas ibu tercinta datang bercuti kat kl nih. So terbz laa sikit kesana kemari. Sebab dah lama tak update banyak citer dah lupa gambar tu ada laah. So tepek gambar laa gan caption sikit kalau duk ingat.

Kita mulakan dengan Dinner anniversary..
Sempat celebrate bersama famili gan kuar makan malam kt restoran Saba CYberjaya. Walaupun dah 3 kali pergi end up tetap laa jugak tersalah simpang. Dah nk sampai sepatutnya tapi terpaksa pusing masuk Putrajaya jugak, tawaf dulu satu putrajaya satu round barulaa sampai ke tempat yang dituju. Nasib baik anniversary kalau tak ummm tatap senyum jugak. Yalaa kan encik driver pun  bukannya datang hari-hari kan... Nasib baik ahli jemaah pun ok tak der komplen walaupun perut masing- masing dah kruk krek kruk krek..


Dulu berdua, sekarang berempat.. Alhamdulillah

Abang duk excited nak tiup kek walau xder lilin pun...

Anniversary kek, kejutan menjadi.. Heehee

Lagi bertambah ceria dengan kehadiran ibu tercinta dan famili members

Adik berpeluh-peluh, nasib well behave. Good girl


Alhamdulillah masing-masing enjoy makan makanan arab ni, tapi semuanya perut kocik so tak dapat nak habis laa. Tak apa kita tepau jeer esok bole sambung makan lagi.. Heehee

Alhamdulillah dah empat tahun.. Cepat betul masa berlalu.. Syukur padaMu dengan segala limpah rahmat dan kurniaan ini...

Wassalam

Thursday, October 31, 2013

4 years..

Assalamualaikum

Catatan: sedikit personal sempena hari yang istimewa..Maaf ya kalau baca rasa nak termuntah ke apa..hahhaha atas tanggungjawab sendiri.


Lain rasanya nak start tulis entry hari nih, cepat sungguh masa duk jalan tik tok tik tok tup- tup sudah empat tahun. Yess, hari nilaa tarikh keramat 4 tahun dulu 31/10/2009 saat-saat diri ini bertukar status daripada Miss ke MRS...Hoohooo. Bila diingat-ingat balik tarikh ini 4 tahun dulu macam tak percaya ajee, semuanya berlaku dengan pantas dan sekarang pun jadi makin pantas. Berdesup masa tuu pergi meninggalkan kita. yang ada cuma memori manis yang bila diingat boleh tersenyum sorang-sorang. Alhamdulillah.




source: mr. gugel

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan padaMU Yang Maha Kuasa atas segala limpah rahmat dan kasih sayangMU segala perkara yang dilalui sepanjang empat tahun usia perkahwinan  kami ini semuanya dipermudahkan. Terlalu banyak rezeki dan limpah rahmat daripadaMU untuk kami. Tidak terhitung dan tidak terkira banyaknya. Alhamdulillah.Terima kasih padaMU YA ALLAH. Anugerah terindah dikurniakan sepasang permata hati penyeri hidup kami. ALHAMDULILLAH, syukur padaMU YA ALLAH. Walau apa jua badai melanda hanya padaMU kami mengadu.. Berkatilah perkahwinan kami ini dan pimpin lah kami menuju ke jalan yang diredhai olehMU...

Suamiku,
Ayah kepada anak-anakku..
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala kasih sayang dan segala pegorbanan yang telah dilakukan...Tidak mudah sebenarnya...
Sepanjang 4 tahun bersama banyak suka duka yang ditempohi...
Mengajar diri ini tentang apa itu kesabaran, kecekalan dan tolak ansur...
Mengajar diri ini menjadi lebih matang..
Mengajar diri ini menjadi lebih kuat..
Mengajar hati ini menjadi lebih teguh..
Mengajar diri ini menjadi lebih sabar, sabar dan terus bersabar...
Mengajar diri ini menjadi seorang yang pemaaf dan memaafi..
Mengajar diri ini menjadi lebih peka..
Mengajar diri ini supaya tidak mudah lupa diri..
Mengajar diri ini untuk sentiasa bersyukur dengan apa jua yang datang..
Mengajar diri ini supaya sentiasa dekat padaMU Ya Allah...
Secara lansung atau tidak lansung...Terima kasih suamiku..


Suamiku,

source: mr. gugel

Ku berdoa supaya sentiasa menjadi suami dan ayah yang terbaik, soleh, beriman, bertanggungjawab, adil dan sentiasa ada untuk menjadi "IMAM" dan pelindung kepada kami semua.
Semoga kita dapat menjadi ibu dan ayah terbaik untuk permata hati kita....


Wassalam

Wednesday, October 30, 2013

TRW...

Assalamualaikum

Gomo kelate gomo, gomo kelate gomo...Walaupun sedikit lewat tetap jugak nak ucap tahniah untuk semua pemain kelate, pegawai, coach, pengurus dan semua orang yang duk ada dalam team TRW tuhh.. Tahniah bro....korang memang main dengan baik dan hebat. Berjuang habis-habisan untuk memburu kejuaraan. Tahniah dapat masuk final nih.. Nanti main leklok lawan Tok Gajah nanti. Tak payah fikir menang ke kalah, just main ajer bermati-matian hingga ke tiupan wisel terakhir. Kalah menang dah tentu-tentu lah adat permainan kan. Kalau dua-dua pasukan nak menang guano citer pulak tuu ekkk. Kalah ke menang kee u olls tetap dihati semua penyokong-penyokong TRW.

Walaupun pemain-pemain TRW tak baca blog ni takpo laa tetap jugok nok tulis short mesej tuk depa nih..hehheheh, retis disitu...takpelaa sekali-sekalo

Piya-captain yang mebeles, ekcelent, dedikasi dan sangat-sangat talented..Wah bila bola dapat kat kaki piya mesti semua pihak lawan sangat gerun. Hantaran yang tepat, lorongan yang hebat dan demo ni memang sangat-sangat kretip. Kalu dok, macam mana laa dah bolih jaringkan gol dengan sepakan sudut jee yaa. Bukenyoo sekali tapi dah duo kali tuuu..Ke dah lebih? Buat sokmo gitu deh piya..Teruskae komitmen demo tu deh...dan teruskan kesetiaan anda jugok.Untuk final nih, pimpin semua saing-saing dengan molek, Insha Allah....Love u PIYA..Hehehe en. hubby jangan jeles ya..

Apek - Tahniah dok lama lagi akan jadik bapak..Jago gawang leklok yaa, walaupun ramai orang duk kata itu ini, dok soh dengar laah. stay focus dan bagi 110% TUK FINAL NANTI..caya lah apek

Shakir - Arkitek TRW, Teruskan bui bola-bola yang lagi kreatip ko saing-saing sepasukan. Biar pihak lawan duk kucar kacir hambat bola tuh...go go shakir..

Dickson - teruskan menjadi orang besi, dan menjadi kereta kebal. Rempuh semua halangan yang duk ada kat depan tuhh. Jangan sampai terpelanting sudah...

Farhan - Mr. ben 10, bakper orang duk panggil gitu yaa?ko salah lagi? Ni lagi sorang kete kebal kat tengoh padang. kalu dapat bola ko dio meme seboleh-bolehnya nok wat lari sampai pintu gol pahtu shoot yang tepat dan padu. Gigih betul, macam tak penat jee. hebat deme looni..

Idraputra - Ni pon hebat jugok, nampak badan kurus jee tapi bila lari laju sengothi. Pulok tuh, sepak bola kuat sungguh. Tanduk bola pun terer jugok..buat gitu sokmo dehhh

Fakri - Dulu kawe dok berape suko bila Bojhan Hodak wat turun deme dalam kesebelasan utama TRW. Tapi lepas semi final kedua lawe ATM ritu, nampak deme ni ada skill dan bakat yang tinggi jugok. Kena lebih fokus dan lebih berani jee..Rasanyee takdok masalah doh kalu lepas ni nak score gol....makin hebat dahhh..berhehhhh.

Pemain-pemain lain pun hebat jugok, tapi tok dan nok tulis semua. Good luck untuk perlawanan akhir nanti. Main hebat macam sekalo laa deh belako-lako, kito toksir gapo pon, cumo ser jee hok kito nok. Main biar semangat dan main biar comey pahtu fokus tu keno 100% la deh. Oklah itu sajo...Final nanti kito meme penyokong setia TRW, mesti duk seat depe sekali tapi buke ka stadium laa depe tibi jahhh. Tokleh nok g stadium doh looni, askar-askar kecik lagih..akhir kata gomo kelate gomo...Yeahhh
gambar dari mr. gugel





*** Minta maaf laa kalau ada sesapa kat sini yang tak suka TRW ni. Saje suka-suka. Tapi as anak jati kelantan memang sikit sebanyak memang minat dengan TRW nih..Hahahaa..Okbai..

Wassalam

Friday, October 25, 2013

First Gala Dinner-roaring 20

Assalamualaikum

Kali pertama Gala Dinner ni dianjurkan oleh SDS society. Semua orang enjoy sesama, satu penganjuran yang sweet, simple dan awesome. Credit goes to all the students year 3, 2 and 1. Even though semuanya bz dengan kelas dan exam tapi mereka masih mampu menganjurkan Gala DInner ni dengan baik. Tahniah untuk semua yg terlibat students and advisors of SDS society.. Well done

Selection makanan yang variety and superb, tak sempat nak makan banyak sebab duk enjoy tengok students and staff performances. 

Dengan students year 3, just finished their exam.

With colleague and top management

With 2nd year students, sakan betul depa ni duk melaram ikut roaring 20 theme. Staff semua tak sempat nak melaram sebab baru habis meeting terus rushing ke tropicana golf club and resorts. Sorry, tak ikut tema daa

2nd year students, 

Super senior Desmond yang sangat talented

 Students semuanya sangat talented boleh menyanyi, menari, main gitar, main violin, memang tak jangka .. Tahun depan buat lagi gempak yaa...

Wassalam