Assalamualaikum...
Lamanya terlena,
diulit mimpi-mimpi indah,
selesa di kepompong ini,
menyusuri hari-hari,
tanpa rasa itu,
tanpa suara itu,
tanpa nikmat itu,
berlalu pergi begitu,
tercari-cari tanpa pasti,
tidak sempurna di hati,
mimpi-mimpi aneh menyapa kedinihari,
terbangun tersedar,
masih disini,
tercari-cari,
jawapan tiada pasti,
kekosongan kelompongan,
kini mengerti,
kini pasti,
berapa lama lagi,
waktu yang berbaki,
panjangnya lena ini..
Wassalam..
Thursday, December 5, 2013
Ilaika-syair Imam Syafie sebelum beliau meninggal dunia.wmv
Assalamualaikum..
Semoga perkongsian ini bermanafaat untuk kita semua dalam beristiqomah kepadaNYA...
Sumber: Youtube
from:Nur Cahaya
Wassalam
Semoga perkongsian ini bermanafaat untuk kita semua dalam beristiqomah kepadaNYA...
Sumber: Youtube
from:Nur Cahaya
Wassalam
Wednesday, November 27, 2013
Damia Hannah 7 bulan
Assalamualaikum
7 bulan sudah, sekejapan sahaja, macam baru jee lepas pantang hari tuu. Alhamdulillah sepanjang 7 bulan ni anak ibu sihat dan perkembangan jugak memberansangkan. Masa 5 bulan lebih hari tu berat 6.4 kg. Sekarang memang dah bertambah-tambah laa, cuma tak tahu berapa sebab bulan depan baru nak pergi jumpa paed.
Mula makan masa 6 bulan, ngam-ngam masuk 6 bulan start bagi Damia makan puree buah. Suka dia makan, favorite puree buah dia avocado + pisang, pisang dan mangga. Ajar dia makan dalam kuantititi yang sikit dulu sekali sehari. Ni dah masuk 7 bulan dah tukar bagi nasi+sayuran+ kurma yang di blend. Antara menu yang menjadi favorite dia nasi+carrot+kurma, nasi+labu+kurma dan kentang+kurma. Kurma di blend sekali dalam menu tu untuk bagi rasa manis buah sikit. Kurma tu letak sikit jee laah, kulit luar kurma tuu dibuang sebelum diblend. Suka bebenar dia makan, lambat suap jee bising mulut. Sekarang dah up makan dua kali sehari, pagi gan petang. Makin bumbum laa anak ibu nih..hehehhehee
Perkembangan Damia masuk 7 bulan ni:- apa yaa, kejab nak refresh:-
1. bila minum susu dalam botol dah pandai pegang sendiri minum sampai habis
2. dah pandai main walker, boleh gerak ke belakang jee sekarang. depan sikit-sikit jee
3. dah angkat-angkat badan depan jee laa nak merangkak tapi tak bergerak sebab vontot berat sikit..kikiii
4. dah pandai merajuk, malam-malam kalau lambat bagi bf nangis sampai leleh-leleh air mata. sedih sangat kee lapar sangat ni..
5. suka sangat mandi..
6. suka sangat gelak, bila gelak jee tangan masuk mulut. kononnya malu laa tuu
7. suka tengok kartun mickey mouse, dah pandai tengok dan fokus
8. hah yang ni memang tak boleh menahan sangat suka sangat main kertas gan plastik. Bila tak bagi boleh buat amukan disitu.
10. obses gan abang Nuh. Suka tengok abang Nuh main, boleh gelak mengekek-ngekek dan suka kacau abang jugak. Bila abang marah dia senyum jeee
11. Ni paling best, dah kenal ibu gan ayah. Kalau ibu balik kerja tak ambik dia boleh dia pandang jee lama-lama uwaa uwaaa uwaaa..Nangis mintak di dukung..hoohooo
12. Suka tengok abc kat ipad
13. tidur still lagi suka dibendung, kalau tak bendung bising mulut dia suruh dibendung.
14. masih kuat tidur lagi purata tidur siang 3 kali. kadang-kadang saja nak buli bagi tidur dua kali saja.
15. malam 2, 3 kali bangun tuk bf
16. suka bangun pagi, otomatik pukul 6 jee mata dia bukak pastu senyum...kalau orang buat tak tau jee mulut dia tegur laa orangg,,ahhh ahhh ahhhh
17. gigi belum erupt lagi, tapi dalam proses sebab suka sangat menyembur dan gigit barang sekarang. Bila start menyembur boleh basah muka dia.hehhhehe, lagi orang marah dia sembur lagi kuat
Apa lagi yaa, tetiba macam lupa pulak..takpelah bila ingat kita top up lagi..

![]() |
| Ni masa 5 bulan |
![]() |
| 6 bulan |
![]() |
| 7 bulan |
Wassalam
Tuesday, November 26, 2013
Abang oh abang..
Assalamualaikum
Damia sekarang dah 7 bulan, cepat betul masa duk jalan. Abang Nuh dah mula tunjuk jeles dia bila kita duk lebihkan adik Damia. Kalau kita cium Damia, pastu macam lambat sikit nak cium dia tang-tang tu jugak dia datang kiss dan hug kita. So kalau balik daripada kerja jeer bila bukak jeer pintu mesti kena kiss dan hug dia dulu puas-puas barulah boleh dukung, kiss dan hug adik puas-puas pulak. Haahaaa comel pulak bila tengok abang Nuh jeles. Kalau gan ayah lagi laa dia pantang baru jeer ayah nak bergurau senda gan adik mulalahh dia datang join sekaki.. Huuhuu
Bila kita tidur dan peluk adik hah dia pun sibuk jugak nak tidur sebantal tak kisah laa berhimpit-himpit bagai. Takut sangat dia kot-kot kita lupakan dia.. Aduhai wahai anak. Sekarang ni lagi extrem siap satu-satu baju adik dicubanya. Kalau ok dia pakai laa, memang tak laa kan sebab adik baru 7 bulan mana nak muat kan bila dia pakai.. Bertambah comey laa abang nie..
Semalam baru wat keluar walker dia dulu, bukan main lagi dia excited. Dia yang terlebih excited macam laa nak bagi dia main yaaa.. Bila kita explain kat dia yang ni untuk adik ummm kan main lagi dia marah. Nak jugak panjat dan duduk dalam walker tuu. Hai bersusah payah dia duk usaha nak duduk dalam tuu..
Berjaya jugak akhirnya, tersenyum-senyum sukanyeer. Memang sempit yang amat dan kaki pun berjela jeer.. Nasib baik walker tuu jenis yang tahan, kalau tak ranap laa belum sempat adik cuba.
Siap pusing satu rumah, adik pandang jee peel abang.. Sabar yaa dik..
Bila dia dah puas baru adik boleh take over.. Haahaa kemain lagi adik duk terpicit sana, picit sini. Macam-macam benda dia nak explore
Kaki dah sampai, tapi tak pandai nak kayuh lagi. Sikit masa lagi tu pandai laa yaa.. Sian adik dapat walker pun yg abang puyer dulu. Takpa laa dik yaa, walker ni pun masih elok sangat lagi. Tak elok membazir kan... Heehee, ok sayang praktis make perfect. Nanti adik dah boleh teman ibu masak kat dapur. Ibu masak adik duk dalam walker...nice..
Monday, November 25, 2013
Jalan-jalan
Assalamualaikum
Cuti sekolah ni mesti masing-masing sibuk pergi bawak anak-anak jalan-jalan. Sepanjang tahun dah duk sibuk dengan agenda masing2, so kiranya best time laa sekarang tuk recharge balik apa yang dah berkurang dan hangatkan semula apa yang dah semakin terpadam
Well anak-anak masih kecik pulak tu tak masuk sekolah lagi pun, makanya takda laa istilah bawak anak jalan-jalan lagi ya..alasan sangat kat situ..
Hujung minggu ni banyak spend masa tuk famili cam biasa bawak dua beradik ni jalan-jalan. Bagi adik tidur dulu puas-puas lepas tu zass keluar.. Tak kemana pergi Rawang, pastu balik klang, abang Nuh nak singgah makan kfc pastu balik klang semula. Pastu lepas magrib berdesup balik rumah.. Adik dah mengamuk nak zzzzz. Keluar pagi balik malam.. Pheeew boleh tahan jugak penatnya walaupun pusing2 area lembah klang ni jeer..
Sambil dalam kereta duk berselfie gan adik dan abang..
Last abang pun duk join sekaki berchamwhore nii... Haaahaa
Wassalam
Thursday, November 21, 2013
Berjogging bersama si Abang...
Assalamualaikum
Kalau pc kat ofis takder internet, satu kerja pun tak jalan. Nampak sangat duk bergantung kat internet sesangat semua orang sekarang ni. Sanggap dah seminggu, habis paper work dah buat internet dak ok lagi. Payah betul. Harap-harap hari ni ok la encik tenet nih. Banyak kerja dah tertunggak dan banyak email nak kena hantar dan jawab...doa.
Petang semalam balik jeer kerja hujan dah berenti, kalau tak hujan rintik-rintik ni sampai ke malam. Rasa syoik jee kalau dapat bersiar-siar kat taman nih. Apa lagi ajaklah anak teruna temankan ibunyer berjogging kat area perumahan nih.
Wah kan main lagi seronok anak teruna ibu ni dapat berjogging petang-petang. Extra seronok abang bila duk jumpa ramai orang duk sama-sama berjogging. Habis semua orang ditegurnya..
Sepanjang jalan tak berenti abang duk jogging sampaikan bila ibu stop jer cepat-cepat dia datang dekat pastu cakap " ibu lari, lari, lari". Haish laa abang ni ibu dah semput laa dah lama tak exercise. Abang peduli apa dia tetap laa suruh ibu lari.. Bagus boleh jadi coach abang ni dan boleh bagi semangat ibu nak lari dan lari non stop walaupun perlahan like snail...kikiikiii.
Tengok tuu asal ibu stop jalan jeer siap marah suruh sambung lari.. Ibu lari... Ibu lari..,Macam kan kena kejar dog pulak yea..
Sampai lencun baju basah berpeluh. Petang ni kalau tak hujan kita sambung jogging lagi. Boleh bawak adik Damia sekali...
Marilah kita bersenam buang semua lemak-lemak tepu dan tak tepu itu... Badan dah penat duk bawak lebihan muatan wehhhhhh.. Hehehee..
Wassalam
Friday, November 15, 2013
Merajuk
Assalamualaikum
Post title tak menahan sangat, merajuk konon. Ala-ala merajuk sebab TRW kalah piala malaysia hari tuu. Hahaha, kalut ehh sana sini, tak menyempat nak duk menaip. Bukak katup jee laa, bila nak start menulis idea ilang apa bendanyee nak ditulis. Yang duk heran nya bila tutup blog macam-macam idea duk mai, pastu duk cakap dalam hati sat- sat lagi laa update pastu nan ado.
Sebenarnya dalam 3 minggu lepas ibu tercinta datang bercuti kat kl nih. So terbz laa sikit kesana kemari. Sebab dah lama tak update banyak citer dah lupa gambar tu ada laah. So tepek gambar laa gan caption sikit kalau duk ingat.
Kita mulakan dengan Dinner anniversary..
Sempat celebrate bersama famili gan kuar makan malam kt restoran Saba CYberjaya. Walaupun dah 3 kali pergi end up tetap laa jugak tersalah simpang. Dah nk sampai sepatutnya tapi terpaksa pusing masuk Putrajaya jugak, tawaf dulu satu putrajaya satu round barulaa sampai ke tempat yang dituju. Nasib baik anniversary kalau tak ummm tatap senyum jugak. Yalaa kan encik driver pun bukannya datang hari-hari kan... Nasib baik ahli jemaah pun ok tak der komplen walaupun perut masing- masing dah kruk krek kruk krek..
Dulu berdua, sekarang berempat.. Alhamdulillah
Alhamdulillah masing-masing enjoy makan makanan arab ni, tapi semuanya perut kocik so tak dapat nak habis laa. Tak apa kita tepau jeer esok bole sambung makan lagi.. Heehee
Alhamdulillah dah empat tahun.. Cepat betul masa berlalu.. Syukur padaMu dengan segala limpah rahmat dan kurniaan ini...
Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)