Thursday, October 31, 2013

4 years..

Assalamualaikum

Catatan: sedikit personal sempena hari yang istimewa..Maaf ya kalau baca rasa nak termuntah ke apa..hahhaha atas tanggungjawab sendiri.


Lain rasanya nak start tulis entry hari nih, cepat sungguh masa duk jalan tik tok tik tok tup- tup sudah empat tahun. Yess, hari nilaa tarikh keramat 4 tahun dulu 31/10/2009 saat-saat diri ini bertukar status daripada Miss ke MRS...Hoohooo. Bila diingat-ingat balik tarikh ini 4 tahun dulu macam tak percaya ajee, semuanya berlaku dengan pantas dan sekarang pun jadi makin pantas. Berdesup masa tuu pergi meninggalkan kita. yang ada cuma memori manis yang bila diingat boleh tersenyum sorang-sorang. Alhamdulillah.




source: mr. gugel

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan padaMU Yang Maha Kuasa atas segala limpah rahmat dan kasih sayangMU segala perkara yang dilalui sepanjang empat tahun usia perkahwinan  kami ini semuanya dipermudahkan. Terlalu banyak rezeki dan limpah rahmat daripadaMU untuk kami. Tidak terhitung dan tidak terkira banyaknya. Alhamdulillah.Terima kasih padaMU YA ALLAH. Anugerah terindah dikurniakan sepasang permata hati penyeri hidup kami. ALHAMDULILLAH, syukur padaMU YA ALLAH. Walau apa jua badai melanda hanya padaMU kami mengadu.. Berkatilah perkahwinan kami ini dan pimpin lah kami menuju ke jalan yang diredhai olehMU...

Suamiku,
Ayah kepada anak-anakku..
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala kasih sayang dan segala pegorbanan yang telah dilakukan...Tidak mudah sebenarnya...
Sepanjang 4 tahun bersama banyak suka duka yang ditempohi...
Mengajar diri ini tentang apa itu kesabaran, kecekalan dan tolak ansur...
Mengajar diri ini menjadi lebih matang..
Mengajar diri ini menjadi lebih kuat..
Mengajar hati ini menjadi lebih teguh..
Mengajar diri ini menjadi lebih sabar, sabar dan terus bersabar...
Mengajar diri ini menjadi seorang yang pemaaf dan memaafi..
Mengajar diri ini menjadi lebih peka..
Mengajar diri ini supaya tidak mudah lupa diri..
Mengajar diri ini untuk sentiasa bersyukur dengan apa jua yang datang..
Mengajar diri ini supaya sentiasa dekat padaMU Ya Allah...
Secara lansung atau tidak lansung...Terima kasih suamiku..


Suamiku,

source: mr. gugel

Ku berdoa supaya sentiasa menjadi suami dan ayah yang terbaik, soleh, beriman, bertanggungjawab, adil dan sentiasa ada untuk menjadi "IMAM" dan pelindung kepada kami semua.
Semoga kita dapat menjadi ibu dan ayah terbaik untuk permata hati kita....


Wassalam

Wednesday, October 30, 2013

TRW...

Assalamualaikum

Gomo kelate gomo, gomo kelate gomo...Walaupun sedikit lewat tetap jugak nak ucap tahniah untuk semua pemain kelate, pegawai, coach, pengurus dan semua orang yang duk ada dalam team TRW tuhh.. Tahniah bro....korang memang main dengan baik dan hebat. Berjuang habis-habisan untuk memburu kejuaraan. Tahniah dapat masuk final nih.. Nanti main leklok lawan Tok Gajah nanti. Tak payah fikir menang ke kalah, just main ajer bermati-matian hingga ke tiupan wisel terakhir. Kalah menang dah tentu-tentu lah adat permainan kan. Kalau dua-dua pasukan nak menang guano citer pulak tuu ekkk. Kalah ke menang kee u olls tetap dihati semua penyokong-penyokong TRW.

Walaupun pemain-pemain TRW tak baca blog ni takpo laa tetap jugok nok tulis short mesej tuk depa nih..hehheheh, retis disitu...takpelaa sekali-sekalo

Piya-captain yang mebeles, ekcelent, dedikasi dan sangat-sangat talented..Wah bila bola dapat kat kaki piya mesti semua pihak lawan sangat gerun. Hantaran yang tepat, lorongan yang hebat dan demo ni memang sangat-sangat kretip. Kalu dok, macam mana laa dah bolih jaringkan gol dengan sepakan sudut jee yaa. Bukenyoo sekali tapi dah duo kali tuuu..Ke dah lebih? Buat sokmo gitu deh piya..Teruskae komitmen demo tu deh...dan teruskan kesetiaan anda jugok.Untuk final nih, pimpin semua saing-saing dengan molek, Insha Allah....Love u PIYA..Hehehe en. hubby jangan jeles ya..

Apek - Tahniah dok lama lagi akan jadik bapak..Jago gawang leklok yaa, walaupun ramai orang duk kata itu ini, dok soh dengar laah. stay focus dan bagi 110% TUK FINAL NANTI..caya lah apek

Shakir - Arkitek TRW, Teruskan bui bola-bola yang lagi kreatip ko saing-saing sepasukan. Biar pihak lawan duk kucar kacir hambat bola tuh...go go shakir..

Dickson - teruskan menjadi orang besi, dan menjadi kereta kebal. Rempuh semua halangan yang duk ada kat depan tuhh. Jangan sampai terpelanting sudah...

Farhan - Mr. ben 10, bakper orang duk panggil gitu yaa?ko salah lagi? Ni lagi sorang kete kebal kat tengoh padang. kalu dapat bola ko dio meme seboleh-bolehnya nok wat lari sampai pintu gol pahtu shoot yang tepat dan padu. Gigih betul, macam tak penat jee. hebat deme looni..

Idraputra - Ni pon hebat jugok, nampak badan kurus jee tapi bila lari laju sengothi. Pulok tuh, sepak bola kuat sungguh. Tanduk bola pun terer jugok..buat gitu sokmo dehhh

Fakri - Dulu kawe dok berape suko bila Bojhan Hodak wat turun deme dalam kesebelasan utama TRW. Tapi lepas semi final kedua lawe ATM ritu, nampak deme ni ada skill dan bakat yang tinggi jugok. Kena lebih fokus dan lebih berani jee..Rasanyee takdok masalah doh kalu lepas ni nak score gol....makin hebat dahhh..berhehhhh.

Pemain-pemain lain pun hebat jugok, tapi tok dan nok tulis semua. Good luck untuk perlawanan akhir nanti. Main hebat macam sekalo laa deh belako-lako, kito toksir gapo pon, cumo ser jee hok kito nok. Main biar semangat dan main biar comey pahtu fokus tu keno 100% la deh. Oklah itu sajo...Final nanti kito meme penyokong setia TRW, mesti duk seat depe sekali tapi buke ka stadium laa depe tibi jahhh. Tokleh nok g stadium doh looni, askar-askar kecik lagih..akhir kata gomo kelate gomo...Yeahhh
gambar dari mr. gugel





*** Minta maaf laa kalau ada sesapa kat sini yang tak suka TRW ni. Saje suka-suka. Tapi as anak jati kelantan memang sikit sebanyak memang minat dengan TRW nih..Hahahaa..Okbai..

Wassalam

Friday, October 25, 2013

First Gala Dinner-roaring 20

Assalamualaikum

Kali pertama Gala Dinner ni dianjurkan oleh SDS society. Semua orang enjoy sesama, satu penganjuran yang sweet, simple dan awesome. Credit goes to all the students year 3, 2 and 1. Even though semuanya bz dengan kelas dan exam tapi mereka masih mampu menganjurkan Gala DInner ni dengan baik. Tahniah untuk semua yg terlibat students and advisors of SDS society.. Well done

Selection makanan yang variety and superb, tak sempat nak makan banyak sebab duk enjoy tengok students and staff performances. 

Dengan students year 3, just finished their exam.

With colleague and top management

With 2nd year students, sakan betul depa ni duk melaram ikut roaring 20 theme. Staff semua tak sempat nak melaram sebab baru habis meeting terus rushing ke tropicana golf club and resorts. Sorry, tak ikut tema daa

2nd year students, 

Super senior Desmond yang sangat talented

 Students semuanya sangat talented boleh menyanyi, menari, main gitar, main violin, memang tak jangka .. Tahun depan buat lagi gempak yaa...

Wassalam



Wednesday, October 23, 2013

Camping

Assalamualaikum

Dua tiga hari lepas rasanya ada duk bagitau yang abang Nuh pergi camping dengan ayah dekat Hulu Selim Perak. Pergi ikut rombongan kengkawan ayahnya dengan 4x4. Kiranya ini pengalaman pertama abang buat aktiviti lasak cenggini. Sehari sebelum pergi ayahnya ada bagi-bagi hint nak bawak abang sama pergi camping, katanyer sehari jeer pergi pastu balik. Tanpa fikir panjang si ibunyer cakap ok. Lepas cakap ok baru terfikir takkan laa nak pergi camping balik hari kan kat Perak nun pulak tu.. Aduhhh, terlajak kete bole reverse tapi dah terlajak bagi green light nih kena redha dan doa jeer laa. Packing baju tuk abang pun ala kadar jeer, tak ada beria-ia sangat mengenangkan balik hari jeer kan.. Umm nasib baik pack lebih sikit susu dan bajunyeer. Ibu melepaskan abang pergi camping dengan ayah dengan perasaan bercampur baur. Yalah ni laa kali pertama berpisah, selalunya mana ibu pergi mesti abang ikut sekali. Tak pernah berenggang kecuali ibu pergi kerja... Lain rasanyaaa.. Bila tengok abang ceria jee nak pergi berjalan gan ayah rasa ok sikit perasaan nih. Ntah apa-apa laa over protective betul kan.. Ummm as a mother cenggitu laa. Risau jee memanjang. Bila difikir-fikirkan bagus jugak time for abang tuk explore hidup ni,. Kena bagi ruang dan peluang. Abang pun dah jadi big bro dahh, 3 tahun sudah.

Betapa gembiranya abang bila sampai kat sana. Seronok bersatu dengan alam semulajadi... Bagus bang

Sesampai jeer terus melompat nak turun, baju pun dah berlumuih dahh dengan selut tuu. Ibu takder nak marah dia kan main lagi abang ni ya...

Seboleh-bolenya setiap jalan dan denai dia nak redah. Daripada apa yang ayahnyer cerita gembira sangat dia dapat bebas bermain dan berlari sana-sini.

Geng-geng camping ayah

Konvoi beramai-ramai 

Air sungai yang keruh sebab baru lepas hujan. Menggelitik abang nak turun main air.. Deras air tuu sayang oiii..

Terpaksa pakaikan tudung pun abang sanggup sebab nak main punyer pasal. Hujan renyai-renyai masa tuu...lagi seronok laa abang tuu main hujan..

Haahaa masak air secara kreatif.. Back to basic, lama dah tak buat aktiviti-aktiviti gini. Kena turun padang semula demi anak-anak. Kena dedahkan mereka dengan rumput, pacat, sungai, selut, hutan dan alam semulajadi agar mereka kenal dan belajar macam mana untuk survive dan bersatu dengan alam. Tunggu adik Damia besar sikit  nanti kita pergi camping sesama ya abang... Sabar..

Wassalam

Tuesday, October 22, 2013

Photoshoot by En. Misi Photography

Assalamualaikum..


Students tengah duk perah otak coz belum habis lagi exam. Marking paper pun lepas satu paper straight away kena mark dan siapkan on that day jugak. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar setakat hari ni, esok last day..Viva Voce. Harapnya mereka semua dapat perform dengan baik.

 Kali ni nak tepek pic Damia yang diambik oleh En. Misi Photography. Suka sangat dengan hasil gambarnyee.




Masa ni Damia 4 bulan 27 hari. Pantang di tala kamera ada-ada jee pose yang diberinyee
 


Favorite pose dia, tangan masuk dalam mulut.

Masa ni belum ready tuk pose lagik, shuke tau ambik pic kite yang belum ready nih


Sesapa yang nak capture moment tuk apa-apa event kalau berminat nak try En. Misi nih, gitau lah yaa.

Wassalam

Sunday, October 20, 2013

Damia lagi...

Assalamualaikum

Kiranya catat sejarah laa dapat mengupdate dihujung minggu nih. Biasanya nak pegang hp pun rasanyer tak sempat. Apa yang dibizikan pun tak tau laah. Macam bz bebenor.

Anak bujang kita takder, g camping gan ayahnyer kat hulu slim perak. Ikut rombongan 4x4, kecik-kecik dah diajar nanti addicted nak camping, ayahnyee kena layankan iyoo...lain bebenor rasa abang Nuh takda sehari nih. Bila nak tido malam jeer rasa macam tak complete. Rasa kosong dan tercarik-carik abang. Cepat laa abang balik.. Adik gan ibu dah miss u so much.. Huuhuuuhuuuu. Lain kali kalau nak camping keer kena ikut jugak kalau cenggini.

Semalam bawak Damia pergi jenjalan, yaa laa abang takder mesti bowink ken.. ( sebenarnyer ibu yang nak shopping, kuikui). Sebelum g shopping kena pergi ofis dulu, nak kena setelkan mark paper exam students. Nasib baik tak banyak yang nak kena mark, dalam sejam leboh dah siap.. Damia kan main lagi behave didukungi oleh kawan ibu yeaa. Last-last tu baru dia duk terhok hek hok hek nak cucu..

Habis kerja berdesup pergi makan kat restoran simply delicious char keoy teow( kalau x salah), nyanyuk sudehh. Restoran Serina anak chef Wan. Second time makan kat sini, char keow teoy dia sedap jugak. Kena gan anak tekak ni.. Restoran ni kat Kota Damansara berhadapan dengan tune hotel dan sebelah dengab Ariani

Char keow teoy special..

Masa ni hujan lebat betul, sambil makan sambil suapkan Damia puree avocado+pisang yang sesiap bawak dari rumah.. Tak berapa nak makan semalam sebab sibuk duk tengok kiri kanan, atas bawah.. Tempat baru agaknya, dia nak xplore.

Bagi minum air sibuk dia nak pegang sendiri...dah pandai minum pegang botol susu sendiri


Bila ibu nak ambik gambar tau jee dia mak pose.. Kuikui

Dayang-dayang pun ada sekali, depa pun cakap sedap. Bolehlaa datang lagi.
Habis makan pun hujan tak berenti gak terpaksa pinjam payung tuk hantar Damia ke kereta. Kalau tak mau lencun gakk.

Perut dah kenyang jomlaa kita p shopping, pergi The Curve jee. Dekat gan opis... Damia tak tido2 jugak,, ummm segar bugar mata dia. Tapi last - last dekat pukul 3 ptg tewas jugak dia tertidur dalam stroller tuu.. Shopping barang-barang yang dah memang aim nak beliso cepat laaa. Sekarang dah tak boleh nak window shopping dah. Masa tuu memang sekejab jee... Sekarang kalau kekuar dengan anak-anak paling lama bertahan 2 jam setengah jee.. Lepas tu memang kena balik sebab dia abang mengamuk nak beli mainan laaa, adik nangis nak tidur laa. Macam-macam, gitu laa anak-anak masa kecik ni. Bila dah besar sikit Insha Allah lain laa situasinyeer. Dah lama rasanyeee rak shopping barang-barang sendiri, faktor kekangan masa dan keadaan tak sesuai.

Semalam ada ruang dan peluang dapat la beli sikit barang-barang sendiri. Kejab jee pun pakai capai-capai dan test lebih kurang dahh jadik laa. Kul 5 pm dah gerak balik. Sepanjang jalan Damia sangat la behave. Good girl, lain kali bole kita keluar lagi sesama. Girls day out... Haahaaa ayah gan abang pergi camping kita kekuar shopping... Heehee

K nak siap siap pergi beraya kat Rawang pulak.. Raya kan sebulan.... Umm

Wassalam
 

Friday, October 18, 2013

Damia 6 bulan

Assalamualaikum

Terbabas jugak satu hari, tak dang nak update. Gigih jugak nak update semalam, last2 ketiduran jugak akhirnya. Sudah lama tak bercerita disini pasal puteri pengarang jantung yang seorang nih.. Siapa lagi adik abang Nuh la. Alhamdulillah abang Nuh semakin hari semakin sayang kat adik, sangat nak melindungi adik lately nih. Pantang adik tak ada depan mata mula la dia risau, sibuk duk tanya baby mana? Baby, baby? Kadang2 tu sanggup dia naik atas untuk check adik ada kee takder. Padahal adik ada jee kat luar rumah duk tengok cat.. Heeheee, saje je ibu duk nak kenakan abang Nuh. Sori bang... Kalau orang yang dia tak kenal nak ambik adik siap marah-marah tuu atau pun berdiri jee sebelah adik. Gitu laaaa

 Suka main sesama daa, cuma abang jee malas nak layan adik sangat

Alhamdulillah Damia dah masuk 6 bulan 15/10 hari tu. macam-macam dah pandai. Berat sekarang 6.7kg, dah start melasak sebab tu berat tak naik banyak. Mulut memang bising suka bersembang dan kalau orang takada kat sebelah mesti dia jerit kuat-kuat panggil orang. Merajuk pun dah pandai dah, kalau lambat angkat merajuk tak nak minum susu daa. Drama queen sangat adik Damia nih. 



Dah kenal orang terutamanya ibu, ayah gan abang Nuh. Kalau balik kerja lambat ambik dia, mulalah dia duk nangis.. Nak susu laa tuu. Kalau minum susu sekarang suka duk main-main minum kejab, lepas dan tengok orang laa, tengok tv laa pastu sambung balik. Kalau nak kenyang betul-betul kena ambik masa yang agak lama.

Masa 4 bulan hari tu Damia dah boleh meniarap. Bangun pukul 4 pagi tuk praktis meniarap nih, alih-alih boleh terus meniarap... Bagus, syabas! Sekarang pantang letak meniarap sesajo pastu tak bole lama menangis suruh angkat... Aiseyyy. Sekarang dah start angkat bontot lak nak merangkak.. Tak lama lagi bolehlah tuu..



Sangat suka main segala jenis mainan yang dibagi kat dia. Dah start makan, suka dia makan terutamanya pisang, mangga dan avocado. Sekarang start bagi puree buah dulu. Tetukar tapi favorite dia pisang + avocado. Bila dapat makan kan main happy, gelak-gelak dan bebel-bebel cakap sedap laa tuu. Suka betul waktu suap makanan kat dia.



Waktu tidur nak kena bedung baru dia nak tidur. Kalau tak bising jee mulut dia suruh dibedung.. Budak lain tak suka kena bedung, dia suka pulak.. 

Suka tengok abc kat you tube, pastu tangan sibuk duk nak tekan-tekan

Banyak lagi nak tulis tapi kena sambung keja dah.. Sambung cerita pasal damia nih kendian lahh....daaaaa



Wassalam