Wednesday, October 23, 2013

Camping

Assalamualaikum

Dua tiga hari lepas rasanya ada duk bagitau yang abang Nuh pergi camping dengan ayah dekat Hulu Selim Perak. Pergi ikut rombongan kengkawan ayahnya dengan 4x4. Kiranya ini pengalaman pertama abang buat aktiviti lasak cenggini. Sehari sebelum pergi ayahnya ada bagi-bagi hint nak bawak abang sama pergi camping, katanyer sehari jeer pergi pastu balik. Tanpa fikir panjang si ibunyer cakap ok. Lepas cakap ok baru terfikir takkan laa nak pergi camping balik hari kan kat Perak nun pulak tu.. Aduhhh, terlajak kete bole reverse tapi dah terlajak bagi green light nih kena redha dan doa jeer laa. Packing baju tuk abang pun ala kadar jeer, tak ada beria-ia sangat mengenangkan balik hari jeer kan.. Umm nasib baik pack lebih sikit susu dan bajunyeer. Ibu melepaskan abang pergi camping dengan ayah dengan perasaan bercampur baur. Yalah ni laa kali pertama berpisah, selalunya mana ibu pergi mesti abang ikut sekali. Tak pernah berenggang kecuali ibu pergi kerja... Lain rasanyaaa.. Bila tengok abang ceria jee nak pergi berjalan gan ayah rasa ok sikit perasaan nih. Ntah apa-apa laa over protective betul kan.. Ummm as a mother cenggitu laa. Risau jee memanjang. Bila difikir-fikirkan bagus jugak time for abang tuk explore hidup ni,. Kena bagi ruang dan peluang. Abang pun dah jadi big bro dahh, 3 tahun sudah.

Betapa gembiranya abang bila sampai kat sana. Seronok bersatu dengan alam semulajadi... Bagus bang

Sesampai jeer terus melompat nak turun, baju pun dah berlumuih dahh dengan selut tuu. Ibu takder nak marah dia kan main lagi abang ni ya...

Seboleh-bolenya setiap jalan dan denai dia nak redah. Daripada apa yang ayahnyer cerita gembira sangat dia dapat bebas bermain dan berlari sana-sini.

Geng-geng camping ayah

Konvoi beramai-ramai 

Air sungai yang keruh sebab baru lepas hujan. Menggelitik abang nak turun main air.. Deras air tuu sayang oiii..

Terpaksa pakaikan tudung pun abang sanggup sebab nak main punyer pasal. Hujan renyai-renyai masa tuu...lagi seronok laa abang tuu main hujan..

Haahaa masak air secara kreatif.. Back to basic, lama dah tak buat aktiviti-aktiviti gini. Kena turun padang semula demi anak-anak. Kena dedahkan mereka dengan rumput, pacat, sungai, selut, hutan dan alam semulajadi agar mereka kenal dan belajar macam mana untuk survive dan bersatu dengan alam. Tunggu adik Damia besar sikit  nanti kita pergi camping sesama ya abang... Sabar..

Wassalam

4 comments:

  1. hahahhahaha...ibu over protective....kihkihkihkih....jom jom kita gi camping sesama.....biar budok2 nih berselut bagai...........mai lah camping sini, sini ada taman negara...trekking 2 jam baru sampai destinasi....heheheheh

    ReplyDelete
  2. Boleh masuk gan 4x4 dokk? Kalau boleh masuk mesti pak ucu "on' jee tuuu..

    ReplyDelete
  3. su,nape gamba kecik? x blh view bsar dah. x nmpk gamba nuh
    -nur fatin-

    ReplyDelete
  4. kui kui...update pakai hp. dok tau nak ekjass lagu mana

    ReplyDelete