Monday, October 14, 2013

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-3 Abang Nuh



Assalamualaikum..


Lama sungguh tak berupdate ini rumah, nampak sangat kebizian melanda kembali, ini bukan buat-buat bz memang betul-betul bz.. seharian start kul 8 masuk ofis sampai kul 5 ptg memang satu demi satu kerja kena siapkan dengan kadar masa yang pantas. Kalau kerja hari ni tak dapat disiapkan dan terpaksa dibawak keesokkan harinya jawapannya lagi bertimbun-timbun kerja.. so memang kena betul-betul fokus dan lupakan sekejab dunia blog memblog nih.. Sepatutnya entry ni di up minggu lepas sempena ulang tahun kelahiran permata hati sulung ibu nih, tapi terperap duk dalam draft sebab half way duk mengarang bermacam-macam gangguan(sebenarnya kerja yang nak kena di entertaint). Lepas jee habis pantang memang berderet lecture, class tutorial dan practical yang menunggu. Dengan lecture notes yang belum buat, hah apa lagi pulun lah siang malam study sambil buat lecture notes, questions one short..Hahaaa Alhamdulillah semuanya dapat diharungi dengan lancar dan dipermudah kan olehNYA. Kalau difikir-fikirkan 6 bulan lepas memang saat masa yang sangat kritikal... dengan bebanan tugas di ofis yang semakin bertambah (Alhamdulillah dimurahkan rezeki), dengan baby kecik yang menyusu badan,dengan anak sulung yang gah aktif membesar dan ditambah dengan maid sibuk jee nak berenti or other work nak lari..umm macam-macam dugaan, Allah maha Adil dan Kaya setiap apa yang diturunkan oleh setiap hambaNya Insha Allah dapat dihadapi dengan tenang, sabar dan tabah dengan syarat kita redha dan tenang dengan setiap apa dugaan yang datang itu. Alhamdulillah, hari ini dah boleh tersenyum dan dapat rasa kemanisan itu.. Alhamdulillah..baby DaMia pun dah 6 bulan, nanti kita story mory pasal buah hati yang satu lagi nih, dan abang Nuh pun dah big boy sekarang..sudah 3 tahun. Bila ingatkan anak-anak, hati ni rasa tenang dan berbunga-bunga riang jee rasa..

hai caaak... lama duk menyepi, still disini...

sambung balik cerita asal berkenaan anak bujang permata hati ibu nih...


masa masih baby..2 botaks
 4 Oktober 2010, satu perasaan yang bercampur baur berselang seli dengan sakit contraction. Perasaan excited, berdebar-debar, takut, bimbang, konfius bercampur baur menjadi satu. Daripada pukul 12 malam di masukkan ke hospital secara paksarela kerana sudah overdue beberapa hari. Tanda-tanda masih tak kunjung-kunjung, memilih untuk di induce kerana bimbangkan perkara-perkara luar jangkaan berlaku pada kedu-dua pihak si ibu dan baby. Induce pertama diberi tepat 12.30 malam, masih lagi relax. Cuba untuk melelapkan mata tapi tak boleh kerana masih sibuk duk tercari-cari dan seribu persoalan berlegar difikiran bagaimanakah rasa itu?

4 pagi terasa sedikit kelainan dan masih lagi tertanya-tanya adakah rasanya begitu..Si ayah setia menemani di katil sebelah dengan alunan dengkuran yang kadang-kadang keras dan perlahan berselang-seli. Apakah yang berada difikirannya? Adakah sama dengan apa difikiran ini? Tidurlah sayang, mungkin selepas ini hari yang panjang buatmu.

6 pagi, rasa itu makin kerap dan tahap kesakitannya makin bertambah. Gembira dalam kesakitan, akhirnya rasa itu datang biar pun secara paksa. Setiap kali rasa itu datang sakitnya sukar nak digambarkan. Muka masih lagi boleh tersenyum sambil rancak bercerita dengan encik hubby yang setia menemani..

8 pagi, doktor masuk untuk memeriksa dan baru bukaan 2cm..ooh ingatkan dah 6-7 cm yaa sebab sakitnya dah makin kerap...doktor bagi cadangan untuk menambah satu dos lagi untuk di induce. Kami berdua setuju kerana lagi cepat lagi bagus. selepas diberikan dos yang kedua rasa sakitnya bertambah dan semakin kerap. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya rasa itu susah nak digambarkan perut macam diperah-perah non stop. Muka tetap menten dan tak nampak kan kesakitan itu sampai kan encik hubby bertanya masih belum sakit ke? jawapan yang diberi short and sweet jee...mestilah sakit, nak bersalinkan.. Encik hubby balas semula.. tak nampak macam sakit, rancak jee bercerita...kita senyum ajeee..ummm tak sakit ya...

10 pagi, doktor memeriksa bukaan jalan dan Alhamdulillah dah terbuka 4 cm. Syukur, tapi ada masalah lain pulak yang timbul. Jantung baby makin lama makin lemah, sekali lagi doktor masuk dan berbincang tentang masalah ini. Kami berdua dengan kusyuk mendengar segala nasihat, cadangan dan saranan yang berkemungkinan bakal berlaku sekiranya hendak menunggu sehingga bukaan 8-10cm. Jangkaan doktor sekiranya hendak menunggu kemungkinan akan bersalin pukul 8 atau 9 malam. By that time baby semakin lemah. Masih ada 10 jam untuk menunggu, kesakitan ini boleh dihadapi tetapi nyawa baby dalam kandungan memang tidak boleh diperjudikan. Dalam masa 10 jam itu macam-macam boleh berlaku. Doktor mencadangkan supaya C-sect dijalankan secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang kemungkinan dan komplikasi berlaku. Jantung dirasakan berhenti berdegup apabila mendengar situasi itu, bila dipandang muka encik hubby pucatnya yang amat. Tidak tahu apa yang difikirkan dan tidak dapat menyelami perasaan dia waktu itu, tetapi pertama kali dia begitu pucat dan gelisah. Kami meminta masa sekejab dengan doktor untuk berbincang suami isteri dan untuk bertenang...Setelah berbincang kami putuskan untuk buat C-sect mengikut saranan dan nasihat yang diberikan oleh doktor.

Setelah itu segala persiapan dilakukan pakar bius dihubungi dan Alhamdulillah dia juga available walaupun short notice.

11 pagi, di sorong masuk ke dalam dewan pembedahan. pertama kali masuk ke situ sejuk yang teramat sangat sehingga menggigil-gigil. Tanya nurse disitu kenapa sejuk sangat diorang cakap memang biasa begitu dalam dewan bedah. Mereka just minta supaya bertenang....Segala persiapan untuk pembedahan berjalan dengan pantas dan segala peralatan disediakan dengan cepat, selepas semuanya bersedia doktor bius masuk untuk memberikan injection di bahagian belakang dekat tulang belakang. Pakar bius ni macam tahu bermacam-macam benda duk berkecamuk dalam otak ni, dia duk start bercerita dan tanya bermacam-macam benda dan Alhamdulillah berkesan. Dalam hati memang sentiasa ingatkan padaNYA yang satu, lepas satu ayat keasatu ayat di baca. Selepas itu satu perasaan yang tenang dan nyaman terasa. Selepas beberapa ketika rasa kebas daripada perut kebawah, doktor duk tekan-tekan pun dah tak rasa apa-apa dah....ketika itu lah encik hubby masuk dengan set gown pembedahan duduk disebelah sambil duk pegang tangan. Sempat membisikkan kat dia supaya bertahan untuk kami berdua, jangan rebah dalam dewan bedah pulak...dia balas Insha Allah akan kuat demi anak dan isterinya.

Pembedahan berjalan dengan lancar, dapat rasa segala proses pembedahan cuma sakit jee tak rasa, pakar bius bukak macam-macam cerita untuk menghidupkan suasana dalam dewan bedah itu dan juga untuk kill the time. Encik hubby menyaksikan secara live bagaimana proses kelahiran ini berlaku daripada a-z sampaikan dia terlupa untuk merakamnya. Sempat lagi tuu tanya dia ngapa dia tak rakamkan. dia cakap terlupa pastu cepat-cepat dia tanya doktor boleh tak dia nak rakamkan detik-detik kelahiran... Doktor bagi green light n cepat-cepatla dia keluarkan hp nya dan rakam walaupun dah half way... takpelah janji ada sebagai kenang-kenangan. Bila abang besar nanti boleh lah ditunjukkan kat dia.

Tepat 11.45am bergema dewan bedah dengan jeritan abang. Sungguh nyaring dan kuat...Alhamdulillah anak ku sudah selamat dilahirkan...gembiranya rasa hati dan rasa syukur yang teramat...hati ini melonjak-lonjak untuk melihatnya, dan nurse macam dengar jee luahan hati ni cepat-cepat dia bawak dan cakap puan ni anak puan cuba lihat baby boy or girl. oohhh my baby, ibu memulakan dengan memberikan salam untuk anak ibu ni, Assalamualaikum sayang, rindunya ibu nak lihat wajah anak ibu ni hari ni kita berjumpa ya sayang...boy...dapat cium dan pegangnya sekejab. Sepanjang proses kelahiran ini semuanya berjalan lancar dan 100% sedar dan tidak mamai..Terima kasih kepada doktor pakar bius, doktor Zul dan team yang sangat baik melayan kami 2 beranak sepanjang 3 hari 3 malam di hospital..Syukur Alhamdulillah..
masa ni masih baby yang suka senyum dan sentiasa berkepala botak


befday yang pertama.....segan-segan nak tiup lilin
Befday kedua, tengah moody sebab baru bangun tidur
Add caption






befday kedua tahun, Adik Damia lam pewuttt
 Wahai anak ku Muhammad Nuh Alsagoff Mohd Radzi, sempena ulang tahun mu yang ke-3 ini ibu ucapkan selamat menjadi anak,abang dan insan yang soleh untuk kelansungan hidup seterusnya. Jadi abang yang bertanggungjawab untuk adik sekiranya apa-apa berlaku ke atas ibu dan ayah di masa depan. Abanglaah yang bertanggungjawab untuk menjaga adik nanti. Semoha hidup abang sentiasa diberkati dan di bawah lindunganNya selalu. Ibu senantiasa medoakan abang supaya suksess dunia dan akhirat.Tiada apa yang ibu minta,hanya satu jadilah anak yang soleh.....
befday yang ketiga, baru lepas.happy befday tuk micha jugak


SELAMAT ULANG TAHUN KE TIGA SAYANG....WE LOVE U...

daripada ibu..

abang jubah



sentiasa menjadi anak yang soleh, menjunjung agama sentiasa





No comments:

Post a Comment