Monday, January 7, 2013

Politik ofis...

Assalamualaikum

Tahun ni tak ada azam yang spesifik sebenarnyeer, cuma kalau buat something kena buat sehabis baik dengan seikhlas hati. Apabila kita telah diamanahkan untuk membuat sesuatu task, hendaklah kita melakukan nyer dengan bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati baru lah boleh dapat results yang terbaik.. Siapa yang puas hati, kita jugak kan..

Pernah tak sesaper yang penah hadap politik kat tempat kerja nih. Rasanya kat mana-mana pun mesti ada situasi ni kan. Politik kat ofis ni tak lain tak bukan modus operandinyer adalah nak ampu mengampu big boss. Depan boss bukan main lagi tunjuk bagus semua kerja kononnya boleh buat tapi hakikat sebenarnya kerja hampeh sangat dan rasa nak nangis pun ada nak gelak pun ada tengok hasil kerja golongan yang suka kipas boss nih. Apa orang cakap kerja tak seruper bikin. Depan orang kan main lagi duk pang pung, pang pung. Dia lah profesor serba taunyeer.

Lagi satu habit orang yg suka main politik kat ofis suka sangat mengadu domba dekat big boss. Kalau boleh setiap 5 minit nak ketuk bilik boss, ada jeer perkara yang nak diadukan,....komplen pasal orang tuuu la, orang ni lahh. Pendek kata semua orang tak bagus, dia ajeer yang "alwiz rite". Orang yang macam gini memang bahaya sangat dan boleh dikatakan sangat laa hipokrit. Depan kita kan main lagi baik, lembutnya lidah bila nak mintal tolong daripada kita.. Mantap sungguh lakonan depa, tapi bila kat belakang kita wah kan main lagi, dia ajerr laa yang bagus, dia ajer lah yang hebat.

Umm memang kalau nak diikutkan malas nak layan orang-orang cenggini, tapi nak ignore sepenuhnya memang susah sebab hari-hari kena hadap depa nih atas kapasiti profesionalisme. So kalau nak abaikan secara total pun tak boleh kan..kalau ada task kena buat sama-sama kenalah bertindak profesional. Buat seikhlas hati part kita then kalau nak tolong depa tuu tolong la, klu rasa tak nak tolong ignore kan saja.. Tak perlu kita menjadi hipokrit macam depa jugakk kan..

Itu ajee laa bebelan sempena tahun baru nih.. Kuikui

gambar sekadar hiasan, tak ada kena mengena dengan bebelan kat atas tuu...

kan main lagi makan gula-gula..kalau gigi ngongok kan dah tak ensem dahh..hahh ibu tak nak tanggungjawab tauu...

Wassalam

2 comments: