Thursday, July 18, 2013

Damia 3 bulan..

Assalamualaikum..

Berhabuk betul dah rumah nih, nak nafas pun dah lemas dah rasenyee..Umm maafkan hamba, kekangan masa membataskan segalanya. Lepas habis pantang dan masuk kerja memang non stop ada lecture. tetiap hari pukul 8 pagi hingga tengah hari. Memang mencabar fizikal dan mental tapi Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya. Almaklumlaa selepas 2 bulan berpantang banyak benda dah berkarat, banyak nak kena polish sana sini. Hari ni baru boleh ambik nafas sikit dan ada masa sikit untuk melepaskan lelah dengan menulis di rumah ini. Bila dapat menulis disini dapat rasa satu perasaan yang best, aman dan nyaman. yalahh memang hobi pun menulis nih..cuma masa sahaja yang selalu duk mengejar. Bila balik rumah memang tak buat benda lain just fokus kat famili ajer. walau sesibuk mana pun memang cuba sedaya upaya tak nak wat balik keja kat rumah. Kesian kat anak-anak dah la seharian dah kat ofis tinggalkan depa, pastu bila balik rumah hanya dapat spend masa 3-4 jam jee sebab lepas tu dah malam dan nak tidur pulak dah..so masa bersama famili memang kurang sebenarnya..esoknyee duk ulang balik benda yang sama. Kadang-kadang bila balik kerja si adik nih Damia dah pandai nak merajuk-rajuk dah..bila ditegur dia buat tak tahu jee kat ibu dia, pandang pun tak nak..hoohooo..hahahha comey sungguh, kecik-kecik dah pandai merajuk..hehehhe


Senyumannyee menyejukkan hati semua..
Alhamdulillah umur Damia dah genap 3 bulan pada 15/7/2013 rituu. Cepat sungguh masa dan cukup sebulan dah start kerja semula. Perkembangan Damia bila dah masuk 3 bulan ni banyak sangat..makin aktip, suka sangat duk senyum bila orang duk agah-agah dan bila tengok tv pun boleh senyum gak, dah pandai menjerit-jerit dah...bila dia excited pada something dia akan jerit-jerit happy...ummm geram sangat dengan si kecik ni tau...dah pandai jugak pegang-pegang barang nih terutamanya bantal dia dan baju dia..cuma tak pandai lagi dia nak pegang dan angkat jeee..Badan dah makin bum bum, timbang masa pergi injection hari tu dah 5.6 kg. Okey laa masa dua bulan berat nya 4.7 kg. Masih lagi breast feed, Alhamdulillah walaupun bulan puasa rezeki Damia masih ada untuk breast feed.  Susu masih lagi lebat, harapnya rezeki Damia sentiasa dimurahkan..aamin.

Damia masa baru lahir gan 2 bulan




Perihal abang pulak, sekarang ni asyik nak mengekor jee bila ibu ke or ayah nak keluar. Pepagi dia dah tau ibunya nak pergi keja maka dia akan ikut sekaki walau kemana kita pergi selagi tak keluar daripada rumah nih.. macam body guard jee kekdahnyee. Makin nak bermanja gan ibu, bangun pagi jee suruh ibu dukung turun bawah..adoiyaaa dah laa berat...hehhe biasa dia nih..satu lagi yang memeningkan kepala sikit dia sangat addicted dengan kereta yang kecik-kecik tu, kereta hotwheels. Bila nampak jee petronas kee, kedai kee memang dia akan ajak singgah tak de benda lain lah tu dia nak beli kereta. Permainan lain dia tak berapa suka sangat. Dan sekarang ni pun dah pandai serve you tube carik video pasal kereta nih....dia boleh duk layan video hotwheels ni berjam-jam. semua review pasal produk baru dia tengok pastu bila pergi kedai dia akan carik apa yang dia tengok dalam you tube tuh...hoooloooolooo botak laa kepala ibu gan ayah kalau cenggini...dah beratus-ratus dah koleksi kereta hotwheels kat rumah ni..still nak beli lagik...ummmmm, sampai kan game-game yang kita upload kat ipad ni dia dah tak nak layan dahh...

 
                                                  Abang Nuh dan keretanyee.... hari-hari telek dan belek kereta nih..ummm

stop dulu laa kena sambung wat keja dah..nanti citer lagi.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment