Friday, July 19, 2013

Salam Ramadan Al-Mubarak 2013

Assalamualaikum

Walaupun ramadan sudah memasuki fasa minggu ke-2 dan sedikit terlewat tapi still nak jugak ucapkan selamat berpuasa buat semua...harapannya moga ramadan tahun ini adalah ramadan terbaik yang mana kita dapat meningkatkan amal ibadat kita padaNya semaksimunnyee.

Alhamdulillah ramadan tahun ni dapat dilalui dengan tenang sehingga kehari ini walaupun dengan rutin harian yang amat sibuk tahun ni. Ramadan tahun lepas disambut dengan penuh kesyukuran kerana baru disahkan hamil tuk anak kedua. Dapat puasa penuh lagi tuu tanpa ada apa-apa masalah. Semuanya dipermudahkan, Alhamdulillah. Roh rajin jugak amat ketara tahun lepas sebab boleh dikatakan setiap hati memang akan berkobar-kobar menyediakan juadah berbukak dan tuk bersahur. Memang anti param betul.

Kan main lagi happy adik ni dapat bangun sahur...


Tahun ni roh rajin memasak tu still lagi menten sebab memang tak suka nk beli juadah kat param tu, sebab juadah kat sana memang lansung tak kena dengan anak tekak ni.. Semua menu lebih kurang sama.. Bosan, alih-alih ayam percik, ikan percik, ayam golek, menu bersambal dan masak lemak.. Itu ajeer laa menu yang duk ada kat param tuhh.. Memang tak suka betul!!! Kalau pergi param pun just jalan-jalan cuci mata dan beli kuih jeer..

Harap-harap roh rajin ni dapat dikekalkan  sampai bila-bila... Tahun pertama menyambut ramadan beranak dua ni. Alhamdulillah dua-duanya ok waktu berbukak dan bersahur. Waktu bersahur dua beradik ni macam dah berpakat aje. Depa ni akan bangun teman ibu sahur selang seli, kalau hari ni abang bangun sahur esoknya turn adik pulak bangun sahur.. Hahahaha. Kalau abang bangun sahur siap bersahur sekali tuu... Macam nak pose pulak dia. kalah orang yang pose tau..Kalau adik lak masa sahur dia akan duk  bercakap dan menjerit- jerit happy sambil tengok tv. So riuh jugak laa masa sahur nih.. Macam ada ramai orang pulak.. 


Abang dah excited duk nak try songkok raya.. Dulu tak suka pakai, sekarang suka pulak...

Kan main lagi dia... Hari-hari nak pakai songkok tuu..sabar ya sayang, baju melayu blum siap daaa..


Hari ni dah hari ke-10 ya, cepatnyaa masa berlalu. Tup tup dah nak dekat 2 minggu dahh.. Lagi dua minggu dah raya laa pulak..ummm persiapan raya masih belum mula lagi, baju-baju raya tuk abang gan adik belum start beli lagi. Cuma baju melayu dan baju kurung jee dah tempah yang lain-lain belum ada lagi.. Takper laa ada lagi 2 minggu so kena curik-curik masa keluar pergi shopping raya nih... Ada banyak masa lagi.. Hahahaha saja nak sedapkan hati laa tuuu. Tapi biasanya kalau dah start all out sehari jeer dah complete dahhh.. Tuu dulu laaa masa time abang jee, ni dah ada adik ni tak tau laah dapat complete dalam satu hari keer tak...almaklum laa pompuan ni banyak aksesori nyeer kan.. Hehehe


K stop dulu, sambung later...

Wassalam

2 comments:

  1. assalamualaikum..
    alahai.. tahun ni baby dah sambut raya kan.. sama cam fiyya.. tahun ni first raya buat fiyya.. :) x sabar nak raya sebab nak balik kg jumpa mak abah.. :D

    ReplyDelete
  2. same laa Jass, tak sabar nak beraya sebab nak balik kampung...

    ReplyDelete