Monday, July 29, 2013

Fraser's hill

Assalamualaikum...

Cepatnya ramadan kali ni, dah 20 hari kita semua menjalani ibadah puasa.. 10 hari terakhir ini harapnya kita semua dapat melipatgandakan amalan dan sedekah jariah kita... Senyum pun sedekah kan...

Shopping complex sana-sini dah start jem... Semua orang bz duk menyopping, bila tiba hujung minggu jee jalan jem semedang jeer terutamanya kawasan dan pusat mbeli belah ni... Bagi yang ada anak-anak kecik elakkan membawa anak-anak kalau nak pergi kawasan tumpuan nih, kesian sebab panas dan bersesak-sesak..

Hari ni just nak tepek gambar-gambar masa pergi bercuti kat fraser's hill hari tuu... Ummm bila yaa.. Kenyanyukan pulak disitu... Tapi for sure seminggu awal sebelum pergi Pd.. Ok dah ingat masa hari bapa... Disebabkan hari bapa ni semua hotel penuh. Nasib baik ada lagi satu bilik yang tinggal walaupun sedikit mahal.. Nak buat macam manakan redah puyer pasal tanpa buat tempahan dulu sebelum tuuu..

Adik duk betulkan urat, seronok dapat golek-golek atas katil..

Duk gurau gan ayah, bila panggil boleh lak dia duk pose pandang kamera..

Pose terkini tunjuk kamera daripada abang Nuh..bumbum lagi masa nih, baru lps pantang daa..

Sampai pun dah petang, xder buat apa pun dinner pun dalam bilik jeer, nak keluar ambik angin malam-malam kesian pulak kat Damia.. Last abang Nuh gan ayah jee keluar berjalan sekitar hotel. Tu pun dah seronok kan main lagi abang Nuh gan lampu suluh kat tangan.. Duk main suluh sana-sini sambil duk lari. Lelah ayah duk mengejarnyaas, dalam suhu sejuk tuu pun boleh berpeluh penangan abang Nuh ni.

Hari kedua tuu baru buat aktiviti, lepas bf berjalan-jalan sekitar hotel. Lepas tu baru pergi menunggang kuda, bagi makan ikan dan pergi lepak makan nasi lemak makcik bawah pokok tuu..

Mula-mula abang Nuh tak nak naik sebab takut, tapi lepas dua round nak naik lagi. Last-last tunggang kuda sampai 4 round. Suker dia tunggang kuda nih.. 

Lepas tu dalam tengah hari terus shoot balik sebab dah tempah meja nak makan-makan khas tuk ayah Nuh gan Damia ni.. Tu citer kendian lahh

Ok bye

Wassalam

No comments:

Post a Comment