Thursday, October 31, 2013

4 years..

Assalamualaikum

Catatan: sedikit personal sempena hari yang istimewa..Maaf ya kalau baca rasa nak termuntah ke apa..hahhaha atas tanggungjawab sendiri.


Lain rasanya nak start tulis entry hari nih, cepat sungguh masa duk jalan tik tok tik tok tup- tup sudah empat tahun. Yess, hari nilaa tarikh keramat 4 tahun dulu 31/10/2009 saat-saat diri ini bertukar status daripada Miss ke MRS...Hoohooo. Bila diingat-ingat balik tarikh ini 4 tahun dulu macam tak percaya ajee, semuanya berlaku dengan pantas dan sekarang pun jadi makin pantas. Berdesup masa tuu pergi meninggalkan kita. yang ada cuma memori manis yang bila diingat boleh tersenyum sorang-sorang. Alhamdulillah.




source: mr. gugel

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan padaMU Yang Maha Kuasa atas segala limpah rahmat dan kasih sayangMU segala perkara yang dilalui sepanjang empat tahun usia perkahwinan  kami ini semuanya dipermudahkan. Terlalu banyak rezeki dan limpah rahmat daripadaMU untuk kami. Tidak terhitung dan tidak terkira banyaknya. Alhamdulillah.Terima kasih padaMU YA ALLAH. Anugerah terindah dikurniakan sepasang permata hati penyeri hidup kami. ALHAMDULILLAH, syukur padaMU YA ALLAH. Walau apa jua badai melanda hanya padaMU kami mengadu.. Berkatilah perkahwinan kami ini dan pimpin lah kami menuju ke jalan yang diredhai olehMU...

Suamiku,
Ayah kepada anak-anakku..
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala kasih sayang dan segala pegorbanan yang telah dilakukan...Tidak mudah sebenarnya...
Sepanjang 4 tahun bersama banyak suka duka yang ditempohi...
Mengajar diri ini tentang apa itu kesabaran, kecekalan dan tolak ansur...
Mengajar diri ini menjadi lebih matang..
Mengajar diri ini menjadi lebih kuat..
Mengajar hati ini menjadi lebih teguh..
Mengajar diri ini menjadi lebih sabar, sabar dan terus bersabar...
Mengajar diri ini menjadi seorang yang pemaaf dan memaafi..
Mengajar diri ini menjadi lebih peka..
Mengajar diri ini supaya tidak mudah lupa diri..
Mengajar diri ini untuk sentiasa bersyukur dengan apa jua yang datang..
Mengajar diri ini supaya sentiasa dekat padaMU Ya Allah...
Secara lansung atau tidak lansung...Terima kasih suamiku..


Suamiku,

source: mr. gugel

Ku berdoa supaya sentiasa menjadi suami dan ayah yang terbaik, soleh, beriman, bertanggungjawab, adil dan sentiasa ada untuk menjadi "IMAM" dan pelindung kepada kami semua.
Semoga kita dapat menjadi ibu dan ayah terbaik untuk permata hati kita....


Wassalam

Wednesday, October 30, 2013

TRW...

Assalamualaikum

Gomo kelate gomo, gomo kelate gomo...Walaupun sedikit lewat tetap jugak nak ucap tahniah untuk semua pemain kelate, pegawai, coach, pengurus dan semua orang yang duk ada dalam team TRW tuhh.. Tahniah bro....korang memang main dengan baik dan hebat. Berjuang habis-habisan untuk memburu kejuaraan. Tahniah dapat masuk final nih.. Nanti main leklok lawan Tok Gajah nanti. Tak payah fikir menang ke kalah, just main ajer bermati-matian hingga ke tiupan wisel terakhir. Kalah menang dah tentu-tentu lah adat permainan kan. Kalau dua-dua pasukan nak menang guano citer pulak tuu ekkk. Kalah ke menang kee u olls tetap dihati semua penyokong-penyokong TRW.

Walaupun pemain-pemain TRW tak baca blog ni takpo laa tetap jugok nok tulis short mesej tuk depa nih..hehheheh, retis disitu...takpelaa sekali-sekalo

Piya-captain yang mebeles, ekcelent, dedikasi dan sangat-sangat talented..Wah bila bola dapat kat kaki piya mesti semua pihak lawan sangat gerun. Hantaran yang tepat, lorongan yang hebat dan demo ni memang sangat-sangat kretip. Kalu dok, macam mana laa dah bolih jaringkan gol dengan sepakan sudut jee yaa. Bukenyoo sekali tapi dah duo kali tuuu..Ke dah lebih? Buat sokmo gitu deh piya..Teruskae komitmen demo tu deh...dan teruskan kesetiaan anda jugok.Untuk final nih, pimpin semua saing-saing dengan molek, Insha Allah....Love u PIYA..Hehehe en. hubby jangan jeles ya..

Apek - Tahniah dok lama lagi akan jadik bapak..Jago gawang leklok yaa, walaupun ramai orang duk kata itu ini, dok soh dengar laah. stay focus dan bagi 110% TUK FINAL NANTI..caya lah apek

Shakir - Arkitek TRW, Teruskan bui bola-bola yang lagi kreatip ko saing-saing sepasukan. Biar pihak lawan duk kucar kacir hambat bola tuh...go go shakir..

Dickson - teruskan menjadi orang besi, dan menjadi kereta kebal. Rempuh semua halangan yang duk ada kat depan tuhh. Jangan sampai terpelanting sudah...

Farhan - Mr. ben 10, bakper orang duk panggil gitu yaa?ko salah lagi? Ni lagi sorang kete kebal kat tengoh padang. kalu dapat bola ko dio meme seboleh-bolehnya nok wat lari sampai pintu gol pahtu shoot yang tepat dan padu. Gigih betul, macam tak penat jee. hebat deme looni..

Idraputra - Ni pon hebat jugok, nampak badan kurus jee tapi bila lari laju sengothi. Pulok tuh, sepak bola kuat sungguh. Tanduk bola pun terer jugok..buat gitu sokmo dehhh

Fakri - Dulu kawe dok berape suko bila Bojhan Hodak wat turun deme dalam kesebelasan utama TRW. Tapi lepas semi final kedua lawe ATM ritu, nampak deme ni ada skill dan bakat yang tinggi jugok. Kena lebih fokus dan lebih berani jee..Rasanyee takdok masalah doh kalu lepas ni nak score gol....makin hebat dahhh..berhehhhh.

Pemain-pemain lain pun hebat jugok, tapi tok dan nok tulis semua. Good luck untuk perlawanan akhir nanti. Main hebat macam sekalo laa deh belako-lako, kito toksir gapo pon, cumo ser jee hok kito nok. Main biar semangat dan main biar comey pahtu fokus tu keno 100% la deh. Oklah itu sajo...Final nanti kito meme penyokong setia TRW, mesti duk seat depe sekali tapi buke ka stadium laa depe tibi jahhh. Tokleh nok g stadium doh looni, askar-askar kecik lagih..akhir kata gomo kelate gomo...Yeahhh
gambar dari mr. gugel





*** Minta maaf laa kalau ada sesapa kat sini yang tak suka TRW ni. Saje suka-suka. Tapi as anak jati kelantan memang sikit sebanyak memang minat dengan TRW nih..Hahahaa..Okbai..

Wassalam

Friday, October 25, 2013

First Gala Dinner-roaring 20

Assalamualaikum

Kali pertama Gala Dinner ni dianjurkan oleh SDS society. Semua orang enjoy sesama, satu penganjuran yang sweet, simple dan awesome. Credit goes to all the students year 3, 2 and 1. Even though semuanya bz dengan kelas dan exam tapi mereka masih mampu menganjurkan Gala DInner ni dengan baik. Tahniah untuk semua yg terlibat students and advisors of SDS society.. Well done

Selection makanan yang variety and superb, tak sempat nak makan banyak sebab duk enjoy tengok students and staff performances. 

Dengan students year 3, just finished their exam.

With colleague and top management

With 2nd year students, sakan betul depa ni duk melaram ikut roaring 20 theme. Staff semua tak sempat nak melaram sebab baru habis meeting terus rushing ke tropicana golf club and resorts. Sorry, tak ikut tema daa

2nd year students, 

Super senior Desmond yang sangat talented

 Students semuanya sangat talented boleh menyanyi, menari, main gitar, main violin, memang tak jangka .. Tahun depan buat lagi gempak yaa...

Wassalam



Wednesday, October 23, 2013

Camping

Assalamualaikum

Dua tiga hari lepas rasanya ada duk bagitau yang abang Nuh pergi camping dengan ayah dekat Hulu Selim Perak. Pergi ikut rombongan kengkawan ayahnya dengan 4x4. Kiranya ini pengalaman pertama abang buat aktiviti lasak cenggini. Sehari sebelum pergi ayahnya ada bagi-bagi hint nak bawak abang sama pergi camping, katanyer sehari jeer pergi pastu balik. Tanpa fikir panjang si ibunyer cakap ok. Lepas cakap ok baru terfikir takkan laa nak pergi camping balik hari kan kat Perak nun pulak tu.. Aduhhh, terlajak kete bole reverse tapi dah terlajak bagi green light nih kena redha dan doa jeer laa. Packing baju tuk abang pun ala kadar jeer, tak ada beria-ia sangat mengenangkan balik hari jeer kan.. Umm nasib baik pack lebih sikit susu dan bajunyeer. Ibu melepaskan abang pergi camping dengan ayah dengan perasaan bercampur baur. Yalah ni laa kali pertama berpisah, selalunya mana ibu pergi mesti abang ikut sekali. Tak pernah berenggang kecuali ibu pergi kerja... Lain rasanyaaa.. Bila tengok abang ceria jee nak pergi berjalan gan ayah rasa ok sikit perasaan nih. Ntah apa-apa laa over protective betul kan.. Ummm as a mother cenggitu laa. Risau jee memanjang. Bila difikir-fikirkan bagus jugak time for abang tuk explore hidup ni,. Kena bagi ruang dan peluang. Abang pun dah jadi big bro dahh, 3 tahun sudah.

Betapa gembiranya abang bila sampai kat sana. Seronok bersatu dengan alam semulajadi... Bagus bang

Sesampai jeer terus melompat nak turun, baju pun dah berlumuih dahh dengan selut tuu. Ibu takder nak marah dia kan main lagi abang ni ya...

Seboleh-bolenya setiap jalan dan denai dia nak redah. Daripada apa yang ayahnyer cerita gembira sangat dia dapat bebas bermain dan berlari sana-sini.

Geng-geng camping ayah

Konvoi beramai-ramai 

Air sungai yang keruh sebab baru lepas hujan. Menggelitik abang nak turun main air.. Deras air tuu sayang oiii..

Terpaksa pakaikan tudung pun abang sanggup sebab nak main punyer pasal. Hujan renyai-renyai masa tuu...lagi seronok laa abang tuu main hujan..

Haahaa masak air secara kreatif.. Back to basic, lama dah tak buat aktiviti-aktiviti gini. Kena turun padang semula demi anak-anak. Kena dedahkan mereka dengan rumput, pacat, sungai, selut, hutan dan alam semulajadi agar mereka kenal dan belajar macam mana untuk survive dan bersatu dengan alam. Tunggu adik Damia besar sikit  nanti kita pergi camping sesama ya abang... Sabar..

Wassalam

Tuesday, October 22, 2013

Photoshoot by En. Misi Photography

Assalamualaikum..


Students tengah duk perah otak coz belum habis lagi exam. Marking paper pun lepas satu paper straight away kena mark dan siapkan on that day jugak. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar setakat hari ni, esok last day..Viva Voce. Harapnya mereka semua dapat perform dengan baik.

 Kali ni nak tepek pic Damia yang diambik oleh En. Misi Photography. Suka sangat dengan hasil gambarnyee.




Masa ni Damia 4 bulan 27 hari. Pantang di tala kamera ada-ada jee pose yang diberinyee
 


Favorite pose dia, tangan masuk dalam mulut.

Masa ni belum ready tuk pose lagik, shuke tau ambik pic kite yang belum ready nih


Sesapa yang nak capture moment tuk apa-apa event kalau berminat nak try En. Misi nih, gitau lah yaa.

Wassalam

Sunday, October 20, 2013

Damia lagi...

Assalamualaikum

Kiranya catat sejarah laa dapat mengupdate dihujung minggu nih. Biasanya nak pegang hp pun rasanyer tak sempat. Apa yang dibizikan pun tak tau laah. Macam bz bebenor.

Anak bujang kita takder, g camping gan ayahnyer kat hulu slim perak. Ikut rombongan 4x4, kecik-kecik dah diajar nanti addicted nak camping, ayahnyee kena layankan iyoo...lain bebenor rasa abang Nuh takda sehari nih. Bila nak tido malam jeer rasa macam tak complete. Rasa kosong dan tercarik-carik abang. Cepat laa abang balik.. Adik gan ibu dah miss u so much.. Huuhuuuhuuuu. Lain kali kalau nak camping keer kena ikut jugak kalau cenggini.

Semalam bawak Damia pergi jenjalan, yaa laa abang takder mesti bowink ken.. ( sebenarnyer ibu yang nak shopping, kuikui). Sebelum g shopping kena pergi ofis dulu, nak kena setelkan mark paper exam students. Nasib baik tak banyak yang nak kena mark, dalam sejam leboh dah siap.. Damia kan main lagi behave didukungi oleh kawan ibu yeaa. Last-last tu baru dia duk terhok hek hok hek nak cucu..

Habis kerja berdesup pergi makan kat restoran simply delicious char keoy teow( kalau x salah), nyanyuk sudehh. Restoran Serina anak chef Wan. Second time makan kat sini, char keow teoy dia sedap jugak. Kena gan anak tekak ni.. Restoran ni kat Kota Damansara berhadapan dengan tune hotel dan sebelah dengab Ariani

Char keow teoy special..

Masa ni hujan lebat betul, sambil makan sambil suapkan Damia puree avocado+pisang yang sesiap bawak dari rumah.. Tak berapa nak makan semalam sebab sibuk duk tengok kiri kanan, atas bawah.. Tempat baru agaknya, dia nak xplore.

Bagi minum air sibuk dia nak pegang sendiri...dah pandai minum pegang botol susu sendiri


Bila ibu nak ambik gambar tau jee dia mak pose.. Kuikui

Dayang-dayang pun ada sekali, depa pun cakap sedap. Bolehlaa datang lagi.
Habis makan pun hujan tak berenti gak terpaksa pinjam payung tuk hantar Damia ke kereta. Kalau tak mau lencun gakk.

Perut dah kenyang jomlaa kita p shopping, pergi The Curve jee. Dekat gan opis... Damia tak tido2 jugak,, ummm segar bugar mata dia. Tapi last - last dekat pukul 3 ptg tewas jugak dia tertidur dalam stroller tuu.. Shopping barang-barang yang dah memang aim nak beliso cepat laaa. Sekarang dah tak boleh nak window shopping dah. Masa tuu memang sekejab jee... Sekarang kalau kekuar dengan anak-anak paling lama bertahan 2 jam setengah jee.. Lepas tu memang kena balik sebab dia abang mengamuk nak beli mainan laaa, adik nangis nak tidur laa. Macam-macam, gitu laa anak-anak masa kecik ni. Bila dah besar sikit Insha Allah lain laa situasinyeer. Dah lama rasanyeee rak shopping barang-barang sendiri, faktor kekangan masa dan keadaan tak sesuai.

Semalam ada ruang dan peluang dapat la beli sikit barang-barang sendiri. Kejab jee pun pakai capai-capai dan test lebih kurang dahh jadik laa. Kul 5 pm dah gerak balik. Sepanjang jalan Damia sangat la behave. Good girl, lain kali bole kita keluar lagi sesama. Girls day out... Haahaaa ayah gan abang pergi camping kita kekuar shopping... Heehee

K nak siap siap pergi beraya kat Rawang pulak.. Raya kan sebulan.... Umm

Wassalam
 

Friday, October 18, 2013

Damia 6 bulan

Assalamualaikum

Terbabas jugak satu hari, tak dang nak update. Gigih jugak nak update semalam, last2 ketiduran jugak akhirnya. Sudah lama tak bercerita disini pasal puteri pengarang jantung yang seorang nih.. Siapa lagi adik abang Nuh la. Alhamdulillah abang Nuh semakin hari semakin sayang kat adik, sangat nak melindungi adik lately nih. Pantang adik tak ada depan mata mula la dia risau, sibuk duk tanya baby mana? Baby, baby? Kadang2 tu sanggup dia naik atas untuk check adik ada kee takder. Padahal adik ada jee kat luar rumah duk tengok cat.. Heeheee, saje je ibu duk nak kenakan abang Nuh. Sori bang... Kalau orang yang dia tak kenal nak ambik adik siap marah-marah tuu atau pun berdiri jee sebelah adik. Gitu laaaa

 Suka main sesama daa, cuma abang jee malas nak layan adik sangat

Alhamdulillah Damia dah masuk 6 bulan 15/10 hari tu. macam-macam dah pandai. Berat sekarang 6.7kg, dah start melasak sebab tu berat tak naik banyak. Mulut memang bising suka bersembang dan kalau orang takada kat sebelah mesti dia jerit kuat-kuat panggil orang. Merajuk pun dah pandai dah, kalau lambat angkat merajuk tak nak minum susu daa. Drama queen sangat adik Damia nih. 



Dah kenal orang terutamanya ibu, ayah gan abang Nuh. Kalau balik kerja lambat ambik dia, mulalah dia duk nangis.. Nak susu laa tuu. Kalau minum susu sekarang suka duk main-main minum kejab, lepas dan tengok orang laa, tengok tv laa pastu sambung balik. Kalau nak kenyang betul-betul kena ambik masa yang agak lama.

Masa 4 bulan hari tu Damia dah boleh meniarap. Bangun pukul 4 pagi tuk praktis meniarap nih, alih-alih boleh terus meniarap... Bagus, syabas! Sekarang pantang letak meniarap sesajo pastu tak bole lama menangis suruh angkat... Aiseyyy. Sekarang dah start angkat bontot lak nak merangkak.. Tak lama lagi bolehlah tuu..



Sangat suka main segala jenis mainan yang dibagi kat dia. Dah start makan, suka dia makan terutamanya pisang, mangga dan avocado. Sekarang start bagi puree buah dulu. Tetukar tapi favorite dia pisang + avocado. Bila dapat makan kan main happy, gelak-gelak dan bebel-bebel cakap sedap laa tuu. Suka betul waktu suap makanan kat dia.



Waktu tidur nak kena bedung baru dia nak tidur. Kalau tak bising jee mulut dia suruh dibedung.. Budak lain tak suka kena bedung, dia suka pulak.. 

Suka tengok abc kat you tube, pastu tangan sibuk duk nak tekan-tekan

Banyak lagi nak tulis tapi kena sambung keja dah.. Sambung cerita pasal damia nih kendian lahh....daaaaa



Wassalam

Wednesday, October 16, 2013

Rendang ayam

Assalamualaikum

Wah meh kita tepuk tangan dulu..clap-clap. Harapnya ni berpanjangan ada kelapangan untuk berpot-pet pot-pet disini. Salah satu kesukaan waktu senggang, bila start menulis rasa macam seronok. Sejak dua menjak ni kekangan waktu membuatkan melupakan hobi nih, membaca jugak menjadi kegilaan jugak. baca novel laaaa. Tapi dah lama tak dapat spend time me time gan baca novel nih. Dengar cerita novel terbaru daripada penulis favorite dah keluar ya..Siapa lagi mestilah novel daripada Ramlee Awang Murshid. Nak kena pegi carik jugak ni, kalau tak ketinggalan ketepi laa pulok.

Semalam hari raya, tak terasa sangat suasananya almaklumlah sambut kat Shah Alam saja. Suasananya amattt laa jauh bezanya dengan sambutan kat kelate. Meriahnya lain macam, sampaikan setiap rumah menu utamanya adalah nasi gan daging. Semuanya berunsurkan daging semata, tak kisah lah daging goreng kunyit ke, singgang daging ke, daging bakar ke, nyicoh perut ke, gulai daging ke dan macam-macam lagi lah. Memang sepanjang hari raya qurban ni perut akan menjadi ketat dan se'eh. Tapi walaupun kenyang memang kena makan jugak, kalau tak makan sapa lagi nak makan kan. Semua pun duk pakat hidang menu gitu. Best dan meriah.

Walaupun begitu tuk nak ambik feel raya kan, pagi pukul 4 dah bangun. Punyelah semangat berkobar-kobar nak masak. Pada hal masak dua jenis jee rendang ayam + nasi impit dan spagetti bolognaise. Masak dua ekor ayam kali kedua mencuba, kali pertama buat sedikit off. Alhamdulillah kali ni lulus dengan cemerlang. Dapat positif feedback daripada orang yang duk makan tuu, dan yang paling penting dapat komen bagus daripada encik suami. Orang yang paling susah nak bagi komen positif, biasanya bila ditanya dia akan cakap ok la, boleh la dalam erti kata lain masih tak memenuhi standard dan kriteria yang ditetapkan olehnya laaa tuu. Semalam tak tanya lagi dia dah bagi thumps up...Haahhaaa boleh la masak rendang lagi iyoo..hehehheh

Masak kan main lagi tetamu tak ada pun, kengkawan yang cakap nak datang semuanya tak jadi datang semuanya ada hal. ummm, takpelah tak ada rezeki nak jumpa, makan dan chit chat lee tuuu.

Overall sambutan raya korban tahun ni Alhamdulillah meriah jugak seadanya. Hari ni masih lagi ada balance rendang ayam, spagetti dah tinggal hujung-hujung dah. So bawak datang ofis beraya di ofis pulak sesama kengkawan. Alhamdulillah rezeki dapat dikongsi bersama.

Hai bila laah nak start diet nih, badan masih degil laa nak back to normal..Umm kena kerja keras sikit dan kena ikut step-step yang patut tanpa menjejaskan milk suppy tuk my little angle Damia. Makan tetap kena makan tapi mungkin kena reduce kan amountnya. Kena start jugak laa,,, maksudnya kena start sekarang! Nak bermula sedikit susah tapi bila dah mula rasanya nak sustainnya sedikit senang...Hai roh diet cepat-cepatlaa datang padaku...Huhuuhuu...

Aisey pic hari raya lansung tak ambik, ummm camna laa boleh tak ingat ni,...gini laa bila dah beranak dua ni macam -macam benda duk fikir lansung lupa nak snap picca nih..nasib baik ada satu pic yang lepas masak masih dik berasap-asap dalam kuali lagi...

Wassalam



Monday, October 14, 2013

Selamat hari raya Qurban 2013

Assalamualaikum


Kami sekeluarga menyusun sepuluh jari untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya qurban. Sama-samalah kita menghayati erti pengorbanan ini dari segenap aspek. Pada yang dapat pulang beraya dikampung halaman selamat bergembira bersama sanak saudara. Manafaatkan masa berharga ini dengan saling kunjung mengunjungi sahabat handai dan sanak saudara.

Bestnya kalau dapat pulang beraya di kampung, terbayang macam-macam juadah kat depan mata nih, ketupat, tape, daging fresh digoreng kunyit, nyinyoh perut ohhh nyummy nyummmy....makan tuk kita sekali ya...sob, sob..

Bagi yang baru nak memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman lepas kerja ni, berhati-hati di jalan raya.

Maafkan kalau ada salah silap sepanjang berblogging di laman maya ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DARIPADA KAMI SEKELUARGA..

Ibu, ayah, abang Nuh dan Damia


Wassalam

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-3 Abang Nuh



Assalamualaikum..


Lama sungguh tak berupdate ini rumah, nampak sangat kebizian melanda kembali, ini bukan buat-buat bz memang betul-betul bz.. seharian start kul 8 masuk ofis sampai kul 5 ptg memang satu demi satu kerja kena siapkan dengan kadar masa yang pantas. Kalau kerja hari ni tak dapat disiapkan dan terpaksa dibawak keesokkan harinya jawapannya lagi bertimbun-timbun kerja.. so memang kena betul-betul fokus dan lupakan sekejab dunia blog memblog nih.. Sepatutnya entry ni di up minggu lepas sempena ulang tahun kelahiran permata hati sulung ibu nih, tapi terperap duk dalam draft sebab half way duk mengarang bermacam-macam gangguan(sebenarnya kerja yang nak kena di entertaint). Lepas jee habis pantang memang berderet lecture, class tutorial dan practical yang menunggu. Dengan lecture notes yang belum buat, hah apa lagi pulun lah siang malam study sambil buat lecture notes, questions one short..Hahaaa Alhamdulillah semuanya dapat diharungi dengan lancar dan dipermudah kan olehNYA. Kalau difikir-fikirkan 6 bulan lepas memang saat masa yang sangat kritikal... dengan bebanan tugas di ofis yang semakin bertambah (Alhamdulillah dimurahkan rezeki), dengan baby kecik yang menyusu badan,dengan anak sulung yang gah aktif membesar dan ditambah dengan maid sibuk jee nak berenti or other work nak lari..umm macam-macam dugaan, Allah maha Adil dan Kaya setiap apa yang diturunkan oleh setiap hambaNya Insha Allah dapat dihadapi dengan tenang, sabar dan tabah dengan syarat kita redha dan tenang dengan setiap apa dugaan yang datang itu. Alhamdulillah, hari ini dah boleh tersenyum dan dapat rasa kemanisan itu.. Alhamdulillah..baby DaMia pun dah 6 bulan, nanti kita story mory pasal buah hati yang satu lagi nih, dan abang Nuh pun dah big boy sekarang..sudah 3 tahun. Bila ingatkan anak-anak, hati ni rasa tenang dan berbunga-bunga riang jee rasa..

hai caaak... lama duk menyepi, still disini...

sambung balik cerita asal berkenaan anak bujang permata hati ibu nih...


masa masih baby..2 botaks
 4 Oktober 2010, satu perasaan yang bercampur baur berselang seli dengan sakit contraction. Perasaan excited, berdebar-debar, takut, bimbang, konfius bercampur baur menjadi satu. Daripada pukul 12 malam di masukkan ke hospital secara paksarela kerana sudah overdue beberapa hari. Tanda-tanda masih tak kunjung-kunjung, memilih untuk di induce kerana bimbangkan perkara-perkara luar jangkaan berlaku pada kedu-dua pihak si ibu dan baby. Induce pertama diberi tepat 12.30 malam, masih lagi relax. Cuba untuk melelapkan mata tapi tak boleh kerana masih sibuk duk tercari-cari dan seribu persoalan berlegar difikiran bagaimanakah rasa itu?

4 pagi terasa sedikit kelainan dan masih lagi tertanya-tanya adakah rasanya begitu..Si ayah setia menemani di katil sebelah dengan alunan dengkuran yang kadang-kadang keras dan perlahan berselang-seli. Apakah yang berada difikirannya? Adakah sama dengan apa difikiran ini? Tidurlah sayang, mungkin selepas ini hari yang panjang buatmu.

6 pagi, rasa itu makin kerap dan tahap kesakitannya makin bertambah. Gembira dalam kesakitan, akhirnya rasa itu datang biar pun secara paksa. Setiap kali rasa itu datang sakitnya sukar nak digambarkan. Muka masih lagi boleh tersenyum sambil rancak bercerita dengan encik hubby yang setia menemani..

8 pagi, doktor masuk untuk memeriksa dan baru bukaan 2cm..ooh ingatkan dah 6-7 cm yaa sebab sakitnya dah makin kerap...doktor bagi cadangan untuk menambah satu dos lagi untuk di induce. Kami berdua setuju kerana lagi cepat lagi bagus. selepas diberikan dos yang kedua rasa sakitnya bertambah dan semakin kerap. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya rasa itu susah nak digambarkan perut macam diperah-perah non stop. Muka tetap menten dan tak nampak kan kesakitan itu sampai kan encik hubby bertanya masih belum sakit ke? jawapan yang diberi short and sweet jee...mestilah sakit, nak bersalinkan.. Encik hubby balas semula.. tak nampak macam sakit, rancak jee bercerita...kita senyum ajeee..ummm tak sakit ya...

10 pagi, doktor memeriksa bukaan jalan dan Alhamdulillah dah terbuka 4 cm. Syukur, tapi ada masalah lain pulak yang timbul. Jantung baby makin lama makin lemah, sekali lagi doktor masuk dan berbincang tentang masalah ini. Kami berdua dengan kusyuk mendengar segala nasihat, cadangan dan saranan yang berkemungkinan bakal berlaku sekiranya hendak menunggu sehingga bukaan 8-10cm. Jangkaan doktor sekiranya hendak menunggu kemungkinan akan bersalin pukul 8 atau 9 malam. By that time baby semakin lemah. Masih ada 10 jam untuk menunggu, kesakitan ini boleh dihadapi tetapi nyawa baby dalam kandungan memang tidak boleh diperjudikan. Dalam masa 10 jam itu macam-macam boleh berlaku. Doktor mencadangkan supaya C-sect dijalankan secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang kemungkinan dan komplikasi berlaku. Jantung dirasakan berhenti berdegup apabila mendengar situasi itu, bila dipandang muka encik hubby pucatnya yang amat. Tidak tahu apa yang difikirkan dan tidak dapat menyelami perasaan dia waktu itu, tetapi pertama kali dia begitu pucat dan gelisah. Kami meminta masa sekejab dengan doktor untuk berbincang suami isteri dan untuk bertenang...Setelah berbincang kami putuskan untuk buat C-sect mengikut saranan dan nasihat yang diberikan oleh doktor.

Setelah itu segala persiapan dilakukan pakar bius dihubungi dan Alhamdulillah dia juga available walaupun short notice.

11 pagi, di sorong masuk ke dalam dewan pembedahan. pertama kali masuk ke situ sejuk yang teramat sangat sehingga menggigil-gigil. Tanya nurse disitu kenapa sejuk sangat diorang cakap memang biasa begitu dalam dewan bedah. Mereka just minta supaya bertenang....Segala persiapan untuk pembedahan berjalan dengan pantas dan segala peralatan disediakan dengan cepat, selepas semuanya bersedia doktor bius masuk untuk memberikan injection di bahagian belakang dekat tulang belakang. Pakar bius ni macam tahu bermacam-macam benda duk berkecamuk dalam otak ni, dia duk start bercerita dan tanya bermacam-macam benda dan Alhamdulillah berkesan. Dalam hati memang sentiasa ingatkan padaNYA yang satu, lepas satu ayat keasatu ayat di baca. Selepas itu satu perasaan yang tenang dan nyaman terasa. Selepas beberapa ketika rasa kebas daripada perut kebawah, doktor duk tekan-tekan pun dah tak rasa apa-apa dah....ketika itu lah encik hubby masuk dengan set gown pembedahan duduk disebelah sambil duk pegang tangan. Sempat membisikkan kat dia supaya bertahan untuk kami berdua, jangan rebah dalam dewan bedah pulak...dia balas Insha Allah akan kuat demi anak dan isterinya.

Pembedahan berjalan dengan lancar, dapat rasa segala proses pembedahan cuma sakit jee tak rasa, pakar bius bukak macam-macam cerita untuk menghidupkan suasana dalam dewan bedah itu dan juga untuk kill the time. Encik hubby menyaksikan secara live bagaimana proses kelahiran ini berlaku daripada a-z sampaikan dia terlupa untuk merakamnya. Sempat lagi tuu tanya dia ngapa dia tak rakamkan. dia cakap terlupa pastu cepat-cepat dia tanya doktor boleh tak dia nak rakamkan detik-detik kelahiran... Doktor bagi green light n cepat-cepatla dia keluarkan hp nya dan rakam walaupun dah half way... takpelah janji ada sebagai kenang-kenangan. Bila abang besar nanti boleh lah ditunjukkan kat dia.

Tepat 11.45am bergema dewan bedah dengan jeritan abang. Sungguh nyaring dan kuat...Alhamdulillah anak ku sudah selamat dilahirkan...gembiranya rasa hati dan rasa syukur yang teramat...hati ini melonjak-lonjak untuk melihatnya, dan nurse macam dengar jee luahan hati ni cepat-cepat dia bawak dan cakap puan ni anak puan cuba lihat baby boy or girl. oohhh my baby, ibu memulakan dengan memberikan salam untuk anak ibu ni, Assalamualaikum sayang, rindunya ibu nak lihat wajah anak ibu ni hari ni kita berjumpa ya sayang...boy...dapat cium dan pegangnya sekejab. Sepanjang proses kelahiran ini semuanya berjalan lancar dan 100% sedar dan tidak mamai..Terima kasih kepada doktor pakar bius, doktor Zul dan team yang sangat baik melayan kami 2 beranak sepanjang 3 hari 3 malam di hospital..Syukur Alhamdulillah..
masa ni masih baby yang suka senyum dan sentiasa berkepala botak


befday yang pertama.....segan-segan nak tiup lilin
Befday kedua, tengah moody sebab baru bangun tidur
Add caption






befday kedua tahun, Adik Damia lam pewuttt
 Wahai anak ku Muhammad Nuh Alsagoff Mohd Radzi, sempena ulang tahun mu yang ke-3 ini ibu ucapkan selamat menjadi anak,abang dan insan yang soleh untuk kelansungan hidup seterusnya. Jadi abang yang bertanggungjawab untuk adik sekiranya apa-apa berlaku ke atas ibu dan ayah di masa depan. Abanglaah yang bertanggungjawab untuk menjaga adik nanti. Semoha hidup abang sentiasa diberkati dan di bawah lindunganNya selalu. Ibu senantiasa medoakan abang supaya suksess dunia dan akhirat.Tiada apa yang ibu minta,hanya satu jadilah anak yang soleh.....
befday yang ketiga, baru lepas.happy befday tuk micha jugak


SELAMAT ULANG TAHUN KE TIGA SAYANG....WE LOVE U...

daripada ibu..

abang jubah



sentiasa menjadi anak yang soleh, menjunjung agama sentiasa