Monday, July 29, 2013

Fraser's hill

Assalamualaikum...

Cepatnya ramadan kali ni, dah 20 hari kita semua menjalani ibadah puasa.. 10 hari terakhir ini harapnya kita semua dapat melipatgandakan amalan dan sedekah jariah kita... Senyum pun sedekah kan...

Shopping complex sana-sini dah start jem... Semua orang bz duk menyopping, bila tiba hujung minggu jee jalan jem semedang jeer terutamanya kawasan dan pusat mbeli belah ni... Bagi yang ada anak-anak kecik elakkan membawa anak-anak kalau nak pergi kawasan tumpuan nih, kesian sebab panas dan bersesak-sesak..

Hari ni just nak tepek gambar-gambar masa pergi bercuti kat fraser's hill hari tuu... Ummm bila yaa.. Kenyanyukan pulak disitu... Tapi for sure seminggu awal sebelum pergi Pd.. Ok dah ingat masa hari bapa... Disebabkan hari bapa ni semua hotel penuh. Nasib baik ada lagi satu bilik yang tinggal walaupun sedikit mahal.. Nak buat macam manakan redah puyer pasal tanpa buat tempahan dulu sebelum tuuu..

Adik duk betulkan urat, seronok dapat golek-golek atas katil..

Duk gurau gan ayah, bila panggil boleh lak dia duk pose pandang kamera..

Pose terkini tunjuk kamera daripada abang Nuh..bumbum lagi masa nih, baru lps pantang daa..

Sampai pun dah petang, xder buat apa pun dinner pun dalam bilik jeer, nak keluar ambik angin malam-malam kesian pulak kat Damia.. Last abang Nuh gan ayah jee keluar berjalan sekitar hotel. Tu pun dah seronok kan main lagi abang Nuh gan lampu suluh kat tangan.. Duk main suluh sana-sini sambil duk lari. Lelah ayah duk mengejarnyaas, dalam suhu sejuk tuu pun boleh berpeluh penangan abang Nuh ni.

Hari kedua tuu baru buat aktiviti, lepas bf berjalan-jalan sekitar hotel. Lepas tu baru pergi menunggang kuda, bagi makan ikan dan pergi lepak makan nasi lemak makcik bawah pokok tuu..

Mula-mula abang Nuh tak nak naik sebab takut, tapi lepas dua round nak naik lagi. Last-last tunggang kuda sampai 4 round. Suker dia tunggang kuda nih.. 

Lepas tu dalam tengah hari terus shoot balik sebab dah tempah meja nak makan-makan khas tuk ayah Nuh gan Damia ni.. Tu citer kendian lahh

Ok bye

Wassalam

Wednesday, July 24, 2013

Holiday kat PD

Assalamualaikum..

Sana-sini semua orang sibuk duk mengupdate blog gan pic makanan sesajo...suka tengok para mommies bersemangat duk memasak juadah berbukak untuk famili tersayang. Macam mana penat, kalut dan tak larat semuanya ditolak ketepi kan bagi memastikan anak-anak dan enchik somi dapat makan makanan hasil daripada air tangan kite yang confirm makanan tu segar dan berkhasiat kan..sebab mommies kan tau semua yan terbaik untuk keluarga masing-masing kan...tabik spring laa..


so bila sana-sini duk upload pic makanan jee, kite tak nak laa update pasal makanan-makanan nih,,,, just nak cerita pasal percutian ke PD bila tarikh nya yaa...bulan lepas rasanya yang masa haze tengah menggila tuu..sana-sini duk makan asap jerebu jee. Teett dah ingat tarikhnyee tanggal 22 jun -23 jun 2013 dekat Rumah Pena Telok Kemang. Percutian ni takderlaa bercuti sangat cuma nak bagi abang Nuh chill up gan cousins dia jee mandi kat swimming pool...Tak kemana pun just lepak kat rumah pena tuu jee, malam bbq dan esoknyaa berdesup balik Shah Alam. Tak boleh lelama buat aktiviti outdoor nih sebab masa tuh jerebu sangat teruk hingga cecah IPU lebih 150..Mata pun rasa pedih jeee, dan pantai PD pun samar-samar jee. Memang tak turun pantai pun, jalan-jaln pun tak...Kena pergi next trip laa pulak rasanya kalau nak mandi-manda kat pantai PD nih...Bila tuu tak tau bila lah kan..

Percutian ni adalah rancangan bercuti bersama jiran tetangga Kak Mie di Bandar Kinrara tuhh.. Kiter sesaja duk nyelit dan nyibukk jeee..sib baik diorang tu ada yang kenal kiterr...tak da la depa duk tanya-tanya sapa lahh makhluk asing ni yaa..hahahhaha


Macam biasa abang Nuh kan main happy lagi dapat jenjalan sesama cousinsnyee tuuh especially Misha laa..teman bermain dan bergaduh sokmoo...Bila hujung minggu jee sekarang ni mesti tanya pasal Misha, ajak nak pergi jumpa Misha . Celik mata jee tanya pasal Misha..ummm..abang-abang..Kalau jumpa main kejab pastu mula laah nak gaduh berebut mainan, biasanya Misha la yang kena mengalah dan Nuh yang selalu menang.ummm ciann Misha..nasib baik dia faham peel Nuh macam mana..

Petang sikit, semua pakat-pakat tukar baju siap sedia nak turun main swimming pool. Macam biasa abang Nuh ni memang lambat nak panas, 30 minit pertama dia just duk jadi pemerhati PBB jee kat atas sebab takut nak turun main swimming pool tuu.. Orang lain dah siap buat kuak lentang, kuak kupu-kupu dia masih duk test kaki kat air ..Adoi haiii

Abang Nuh tengah duk warming up, orang lain dah siap buat terjun tiruk dahh dia nih masih lagi jadi pemerhati PBB
Tapi bila lepas dah panas dan dah masuk dalam kolam, kan main lagi dia tak nak keluar


Mula-mula just duk berpaut kat tepi kolam tuhhh..hah tengok laa jab lagi camne

Dah berani pergi jauh sikit

hah dah makin berani jalan dan main-main dahhh. Abang Awisy pun seronok yeaa..
shukerr laa tu abang Nuh tuu,...
Hari kedua pepagi lepas sarapan semua dah tak sabar nak turun mandi lagi...tak tau sejuk kee depa nih..Macam biasa seapruh masa pertama abang Nuh jadi pemerhati lagik, takut nak turun tapi lepas tuu ok..Siap main tembak-tembak lagi tuuu

Abang Nuh & Misha gan duk main tembak-tembak. Habis orang yang gah mandi di tembaknyaa, pedulik yaaaaa..pastu menjerit-jerit seronok bila hasil bidikan mengenai sasaran...
 Adik pulak masa nih, asyik duk nak mengempeng jeee tak nak lepas..tidur kat tepi kolam kejap jee sebab bising dan panas.. Pastu duk menangis sebab tak selesa....Kalau dah macam tu meh laa bang kita naik atas, mandi dan siap-siap tuk balik laa....hah apa lagi meraung laa abang sebab tak puas lagi nak main walaupun dia gan Misha terketar-ketar kesejukkan...Nanti kita datang lagi yaaa...

Ok, bye

Wassalam

Friday, July 19, 2013

Salam Ramadan Al-Mubarak 2013

Assalamualaikum

Walaupun ramadan sudah memasuki fasa minggu ke-2 dan sedikit terlewat tapi still nak jugak ucapkan selamat berpuasa buat semua...harapannya moga ramadan tahun ini adalah ramadan terbaik yang mana kita dapat meningkatkan amal ibadat kita padaNya semaksimunnyee.

Alhamdulillah ramadan tahun ni dapat dilalui dengan tenang sehingga kehari ini walaupun dengan rutin harian yang amat sibuk tahun ni. Ramadan tahun lepas disambut dengan penuh kesyukuran kerana baru disahkan hamil tuk anak kedua. Dapat puasa penuh lagi tuu tanpa ada apa-apa masalah. Semuanya dipermudahkan, Alhamdulillah. Roh rajin jugak amat ketara tahun lepas sebab boleh dikatakan setiap hati memang akan berkobar-kobar menyediakan juadah berbukak dan tuk bersahur. Memang anti param betul.

Kan main lagi happy adik ni dapat bangun sahur...


Tahun ni roh rajin memasak tu still lagi menten sebab memang tak suka nk beli juadah kat param tu, sebab juadah kat sana memang lansung tak kena dengan anak tekak ni.. Semua menu lebih kurang sama.. Bosan, alih-alih ayam percik, ikan percik, ayam golek, menu bersambal dan masak lemak.. Itu ajeer laa menu yang duk ada kat param tuhh.. Memang tak suka betul!!! Kalau pergi param pun just jalan-jalan cuci mata dan beli kuih jeer..

Harap-harap roh rajin ni dapat dikekalkan  sampai bila-bila... Tahun pertama menyambut ramadan beranak dua ni. Alhamdulillah dua-duanya ok waktu berbukak dan bersahur. Waktu bersahur dua beradik ni macam dah berpakat aje. Depa ni akan bangun teman ibu sahur selang seli, kalau hari ni abang bangun sahur esoknya turn adik pulak bangun sahur.. Hahahaha. Kalau abang bangun sahur siap bersahur sekali tuu... Macam nak pose pulak dia. kalah orang yang pose tau..Kalau adik lak masa sahur dia akan duk  bercakap dan menjerit- jerit happy sambil tengok tv. So riuh jugak laa masa sahur nih.. Macam ada ramai orang pulak.. 


Abang dah excited duk nak try songkok raya.. Dulu tak suka pakai, sekarang suka pulak...

Kan main lagi dia... Hari-hari nak pakai songkok tuu..sabar ya sayang, baju melayu blum siap daaa..


Hari ni dah hari ke-10 ya, cepatnyaa masa berlalu. Tup tup dah nak dekat 2 minggu dahh.. Lagi dua minggu dah raya laa pulak..ummm persiapan raya masih belum mula lagi, baju-baju raya tuk abang gan adik belum start beli lagi. Cuma baju melayu dan baju kurung jee dah tempah yang lain-lain belum ada lagi.. Takper laa ada lagi 2 minggu so kena curik-curik masa keluar pergi shopping raya nih... Ada banyak masa lagi.. Hahahaha saja nak sedapkan hati laa tuuu. Tapi biasanya kalau dah start all out sehari jeer dah complete dahhh.. Tuu dulu laaa masa time abang jee, ni dah ada adik ni tak tau laah dapat complete dalam satu hari keer tak...almaklum laa pompuan ni banyak aksesori nyeer kan.. Hehehe


K stop dulu, sambung later...

Wassalam

Thursday, July 18, 2013

Damia 3 bulan..

Assalamualaikum..

Berhabuk betul dah rumah nih, nak nafas pun dah lemas dah rasenyee..Umm maafkan hamba, kekangan masa membataskan segalanya. Lepas habis pantang dan masuk kerja memang non stop ada lecture. tetiap hari pukul 8 pagi hingga tengah hari. Memang mencabar fizikal dan mental tapi Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya. Almaklumlaa selepas 2 bulan berpantang banyak benda dah berkarat, banyak nak kena polish sana sini. Hari ni baru boleh ambik nafas sikit dan ada masa sikit untuk melepaskan lelah dengan menulis di rumah ini. Bila dapat menulis disini dapat rasa satu perasaan yang best, aman dan nyaman. yalahh memang hobi pun menulis nih..cuma masa sahaja yang selalu duk mengejar. Bila balik rumah memang tak buat benda lain just fokus kat famili ajer. walau sesibuk mana pun memang cuba sedaya upaya tak nak wat balik keja kat rumah. Kesian kat anak-anak dah la seharian dah kat ofis tinggalkan depa, pastu bila balik rumah hanya dapat spend masa 3-4 jam jee sebab lepas tu dah malam dan nak tidur pulak dah..so masa bersama famili memang kurang sebenarnya..esoknyee duk ulang balik benda yang sama. Kadang-kadang bila balik kerja si adik nih Damia dah pandai nak merajuk-rajuk dah..bila ditegur dia buat tak tahu jee kat ibu dia, pandang pun tak nak..hoohooo..hahahha comey sungguh, kecik-kecik dah pandai merajuk..hehehhe


Senyumannyee menyejukkan hati semua..
Alhamdulillah umur Damia dah genap 3 bulan pada 15/7/2013 rituu. Cepat sungguh masa dan cukup sebulan dah start kerja semula. Perkembangan Damia bila dah masuk 3 bulan ni banyak sangat..makin aktip, suka sangat duk senyum bila orang duk agah-agah dan bila tengok tv pun boleh senyum gak, dah pandai menjerit-jerit dah...bila dia excited pada something dia akan jerit-jerit happy...ummm geram sangat dengan si kecik ni tau...dah pandai jugak pegang-pegang barang nih terutamanya bantal dia dan baju dia..cuma tak pandai lagi dia nak pegang dan angkat jeee..Badan dah makin bum bum, timbang masa pergi injection hari tu dah 5.6 kg. Okey laa masa dua bulan berat nya 4.7 kg. Masih lagi breast feed, Alhamdulillah walaupun bulan puasa rezeki Damia masih ada untuk breast feed.  Susu masih lagi lebat, harapnya rezeki Damia sentiasa dimurahkan..aamin.

Damia masa baru lahir gan 2 bulan




Perihal abang pulak, sekarang ni asyik nak mengekor jee bila ibu ke or ayah nak keluar. Pepagi dia dah tau ibunya nak pergi keja maka dia akan ikut sekaki walau kemana kita pergi selagi tak keluar daripada rumah nih.. macam body guard jee kekdahnyee. Makin nak bermanja gan ibu, bangun pagi jee suruh ibu dukung turun bawah..adoiyaaa dah laa berat...hehhe biasa dia nih..satu lagi yang memeningkan kepala sikit dia sangat addicted dengan kereta yang kecik-kecik tu, kereta hotwheels. Bila nampak jee petronas kee, kedai kee memang dia akan ajak singgah tak de benda lain lah tu dia nak beli kereta. Permainan lain dia tak berapa suka sangat. Dan sekarang ni pun dah pandai serve you tube carik video pasal kereta nih....dia boleh duk layan video hotwheels ni berjam-jam. semua review pasal produk baru dia tengok pastu bila pergi kedai dia akan carik apa yang dia tengok dalam you tube tuh...hoooloooolooo botak laa kepala ibu gan ayah kalau cenggini...dah beratus-ratus dah koleksi kereta hotwheels kat rumah ni..still nak beli lagik...ummmmm, sampai kan game-game yang kita upload kat ipad ni dia dah tak nak layan dahh...

 
                                                  Abang Nuh dan keretanyee.... hari-hari telek dan belek kereta nih..ummm

stop dulu laa kena sambung wat keja dah..nanti citer lagi.

Wassalam...

Wednesday, June 26, 2013

Damia oo Damia

Assalamualaikum...

Tengah duk pump susu ni so kita buat dua tiga kijo sekali jalan daaa.. Baru lah tak perasan, sedar-sedar jee eh eh dah penuh botol.. Haahaaa shuker shuker.

Nak ceriter perihal Damia nih agak suspen jugak disitu. Seminggu sebelum ibu nak masuk kerja boleh Damia tetiba tak nak minum susu dalam botol..panik gile babeng ibu dibuatnyeer. Dah laa orang ofis asyik duk call dan hantar msg jeer tanya bila masuk kerja. Iskkk pening hajat dihati memang nak sambing sebulan lagi cuti tanpa gaji, at least Damia besar sikit. Tapi apa kan daya macam-macam hal nak kena setel ket ofis tuu. So walau pun berat hati kenak gak masuk kerja on time...

Damia akan menangis siap meraung-raung lagi bila diberi susu dalam botol. Tak suka betul dia.. Macam - macam jenis botol susu duk beli daripada yang paling mahal hinggalah paling murah. Daripada yang sejibik sama dengan breast hinggalah yang puting terpenyek. Tapi semuanya tak nak, sama jugak menangis. 


Masa ni memang rasa nak hantar surat berhenti kerja 24 jam jeer. Sedihnyaa rasa dihati sebab ngaper laa perlu ada keadaan yang macam ni.. Ngapa xder citi sampai setahun keer at least anak dah makin besar.. Huuuuuhuu sedih.. Setiap hari jenuh duk fikir macam mana nak buat, tanya member-member, post kat wall fb laa.. Macam-macam cadangan daripada teman-teman nih, Alhamdulillah semuanya prihatin tuk menolong.. Terima kasih bebanyak

Tinggal seminggu lagi baki cuti dah set dalam kepala ibu kena tinggal Damia gan maid kat rumah dengan harapan bila dia lapar mesti dia akan minum jugak susu tuu. Walaupun sangat berat hati nih, sedih pun ada tapi kena buat jugak.. So apa lagi pepagi lagi dah keluar dengan abang Nuh lepak kat mamak depan rumah jeer.. Yalaa apa-apa hal kalau Damia menangis meraung ke apa bole cecepat sampai rumah.. Kikiikii, strategi..

Alhamdulillah cubaan hari pertama terus berjaya... Sukanyeer rasa dihati dan rasa syukur sesangat akhirnya Damia nak minum dahhh.. Malam sebelum tu ibu bersembang panjang dengan Damia, pujuk dia tuk minum dalam botol nih.. Bila ibu duk cakap dia duk pandang jeer muka ibu...Alhamdulillah syukur... Good girl...


Botol yang Damia nak minum botol NUK yang puting terkemek tuu.. 

Sayang dia.....I U kata abang Nuh...

Wassalam

Cameron Highland 2013

Assalamualaikum...

Dalam keadaan jerebu yang makin teruk ni, sesama la kita pakat doa moga tetiap petang diturunkan hujan... Elakkan daripada buat outdoor aktiviti. Udara sekarang sangat laaa kotor sesangat. Sesak nafas, pedih mata dan bau asap yang amat sangat. Kali ni jerebu dabel teruk berbanding tahun lepas. Tetiap tahun jerebu ni datang,,, haishh harapnyee benda ni tak berlaku lagi.. Jangan dibakar hutan-hutan itu...

Lepas je pantang 60 hari ritu, pertama kali pergi bawak Damia dan Nuh bercuti. Tak pergi jauh pun, first trip ni kita p yang dekat-dekat jeer. Wat biasa-biasa dulu. Mana lagi favorite plAce si ayahnyeee laaa Cameron Highland. Percutian yang tak dirancang pun.. Last minute nyer plan, bNgun pagi tuh baru decide. Memang pagi tu laa baru call hotel sana sini. Tapi macm biasa laa kalau dah namanyeer cuti sekolah, semua hotel gan apartment penuh semedang. Dah namanye rezeki tu ada Alhamdulillah ada lagi 2 bilik kosong kat hotel baru bukak. Lif pun tak siap lagi daa..Kali ni pergi bercuti sekali gan Best cousin ever Nuh, Micah dan famili. Suka sesangat laa Nuh niii..pergi nih pada minggu kedua cuti sekolah 1& 2/6/2013.. Macam biasa Cameron sangat jem dan sesak.. Nak pergi dinner daripada hotel dekat gan area pasar malam tu ke hotel Equatorial ambil masa 1 jam lebih.. Memang dasyat jemnyee. Last pergi sana just dinner, pasar malam pun tak singgah sebab terlampau ramai manusia, sesak dan jemm sesangat.. Beli sayur-sayur pun main -main capai kat tepi jalan jee.. Kesimpulannya memang tak boleh nak bercuti dengan aman masa cuti sekolah nih.. Buang masa duk mengadap jem sana-sini jeer... Dabel stress daaa...
Bestnyee kalau dapat mandi air terjun... Rindu zaman dodulu.. Wat bbq, mandi,, ummm

Happy gak sebab Nuh sangat enjoy sbab ada cousin-cousinnyer ada sekali. Sampaikan nak tidur malam pun kan main sudah sebab ingat nak main jeer.. Nanti kita g cuti sesama lagi yaa sayang..

Buffet dinner kat Equatorial Hotel,, boleh laa tapi tak banyak sangat makanannye...

Sejibik takk...?
Nuh gan Micha siap duk berjoget-joget duk hiburkan orang makan.. Free show ekkk
Lari sana, lari sini.. Makanyee seciput jee

Masa ni Damia duk mengamuk nak tidur dan nak bf.. Haiss kalut ibu duk carik tempat strategik nak bagi bf kat Damia nih.. Tika nih Damia memang lansung tak nak minum dalam botol dan tak nak puting lansung.. Kalut gakk ibu lastly Damia tidur jugak sbab penat. Orang duk bising makan pun dia tak sdar...

Senaman memanaskan badan..

Stail bergambar terbaru... Memeluk strawberi.. Layankan jee laaa

Wassalam


Friday, June 14, 2013

Dua bulan

Assalamualaikum

Nak update perkembangan terkini Damia Hannah. Esok 15/6/2013 genaplah umur Damia 2 bulan. Sekejapan jee dah 2 bulan dan ini bermakna ibu pun dah habis cuti, kena masuk kerja dah.. Ni yang part berat sangat nih, nak kena jalankan rutin yang sibuk semula. Kalau boleh nak duk jee rumah nak tengok anak-anak membesar depan mata. 2 bulan duk rumah memang best, walaupun kadang-kadang boring sikit. Hehewh. Rasa sangat bahagia sebab celik mata jee anak ada depan mata dan dapat habiskan masa sesama.

Shuker mandi...

Damia sekarang berat makin bertambah-tambah( yalah kan makin besar makin bertambah-tambah yaa idok). 
Masa lahir 2.5kg
1 bulan 3.7 kg
2 bulan 4.7 kg

Hah kenaikkan berat Damia memang amazing.. Walaupun masa lahir beratnya hanya 2.5kg dan haluih je, tapi sekarang dah semangat dan peha dia dah ketul-ketul daaa. Menyusu still lagi kuat tapi tak sekerap dulu. Damia dah pandai tengok orang, dah pandai tengok tv( kalau letak depan tv dia memang ralit duk menengoknye), dah pandai tengok mainan yang pusing-pusing tuh. Dan yang paling best dah pandai cakap dan suka sangT senyum. Bila orang agah kan main lagi dia mengekek- ngekek duk gelak. Dah pandai juga minum susu dalam botol( sebelum ni memang tak nak) dan dah pandai hisap puting( kadang-kadang).

Shukerr dia senyum...


Baju yang 3-6 bulan memang dah padan, dan baju yang 0-3 bulan banyak dah nak ketat. Memang sikit hari lagi kena beli baju-baju yang 3-6 bulan laa gamaknyaa. Nasib baik baju-baju newborn tak banyak yang beli. Semua yang beli semua dah puas pakaikan kat Damia laa, kiranya berbaloi- baloi laa.

Saya dah besooo..



Abang NUh makin sayang kat adik, kalau adik nangis cepat-cepat datang dekat adik takpun cepat-cepat bagitau ibu suruh angkat adik.. Hahahah..

K sambung later

Wassalam