Monday, July 16, 2012

14 julai..

Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik.. Alhamdulillah bersua lagi tarikh keramat ni 14/7/2012. Syukur sesangat kerana sepanjang perjalananku sentiasa dilindungi dan dirahmati olehMu. Apa yang ku ada pada hari ini adalah segala belas ihsanMu...

Terima kasih yang tidak terhingga buat emak tersayang dan arwah ayah tercinta kerana melahirkanku, membesarkanku, menyekolahkanku dan membekalkanku dengan ilmu duniawi dan akhirat.. Walaupun dengan serba kepayahan dan kesusahan, aku tetap dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan membesar menjadi seorang INSAN.. Alhamdulillah

Terima kasih mak, terima kasih ayah.. Jasa mak dan ayah tidak terbalas walaupun dilambakkan dengan segunung intan mahupun, emas dan permata..


Alhamdulillah,
Aku menadah tangan dan bersujud syukur padaMU kerana kasih sayang dan limpah rahmatMU terhadap hambaMU yang hina dina ini...
Sepanjang hidupku terlalu banyak rahmat dan kurniaanMU YA ALLAH,
Walaupun kadang-kadang aku alpa dan terleka,
Kau bagi sedikit ujian dan dugaan yang menyedarkan aku tentang sebuah kesakitan, kesabaran dan ketakwaan..
Ya Allah Ya Tuhanku,
Terima kasih kerna memberikan aku segalanya didunia ini,
suami, anak, keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang ikhlas menyayangi diri ini...
Terim kasih Ya Allah,
memberikan aku rezeki, kesihatan dan mempermudahkan segala urusanku..
Aku memohon padaMU YA ALLAH moga dipertingkatkan lagi keimanan, ketakwaan, kesyukuran dan kesabaran dalam menempuh hari-hari mendatang....

Terima kasih buat semua..

Wassalam

No comments:

Post a Comment