Saturday, July 21, 2012

Salam RAMADAN ALMUBARAK

Assalamualaikum,

Selamat berpuasa buat semua, semoga RAMADAN kali ini memberikan seribu erti kebahagiaan, ketabahan, ketakwaan, keimanan dan kesabaran untuk kita semua. Marilah kita sama-sama mempertingkatkan dan melipatkaligandakan amalan kita sebagai bekalan untuk kita disana nanti.

Selamat berpuasa, bersahur, berbuka, berterawih, bertadarus alquran, bertawadduk, bermuhasabah diri dan menderma pada yang memerlukan. insyaALLAH sama-samalah kita mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga ramadan kali ini, lebih baik daripada yang lepas-lepas....

SELAMAT BERPUASA, maafkan sekiranya ada tercuit hati sepanjang diarena blogging ini...

Wassalam

No comments:

Post a Comment