Friday, July 27, 2012

Seminggu sudah....

Assalamualaikum

Baru nak keluar daripada duk berhibernasi nih, almaklum laa pose-pose ni kena banyak kurangkan aktiviti untuk simpan tenaga....Haahaa sebenarnya tak berkesempatan nak mengupdate blog.. Kuikui, nak kena adjust masa sebab bila tiba bulan pose timing terlari sikit.. Kerja pun balik awal sejam, pastu dah sampai rumah duk bersilat dan berkungfu pulak kat dapur..

Puasa kali ni, macam tak ada nafsu nak beli juadah2 untuk berbukak kat PARAM nih.. Padahal rumah hanya sekangkang kera jee dengan PARAM yang terbesar kat Shah Alam nih. Mana lagi kalau bukan PARAM stadium tuu.. Masuk hari je 7 ramadan Alhamdulillah masih tidak menerjah PARAM nih.. Mungkin faktor penuaan agaknye ya, tekak ni hanya duk selera bila makanan tu dimasak sendiri.. Bukannya menu yang dimasak tu fancy pun, cuma goreng2, bakar dan campak-campak jeer.. Hati ni akan rasa puas hati bila dapat masak juadah untuk berbuka dan bersahur untuk dimakan sekeluarga.. Alhamdulillah, harap-harap dapat dikekalkan sehingga penghujung ramadan..

Ramadan kali ni, meriah dah waktu berbuka sebab dah ramai orang kat rumah termasuk lah MNAS pun dah pandai nak join berbuka sama-sama.. Seronok rasanya dapat berbuka beramai-ramai nih.

Hari pertama berbuka, Alhamdulillah dapat berkumpul, memasak dan berbuka bersama-sama dengan kakak-kakak dan famili.. Meriah sangat, bila azan magrib jeer semua berjemaah berbukak puasa. Walaupun menu tak seberapa tapi kenikmatan tu tak terkira. Terubat rindu sikit nak berbuka bersama-sama emak dan adik-beradik lain kat kampung...InsyaAllah kalau diizinkan olehNya dapatlah berbuka bersama-sama emak dan yang lain-lain kat kampung dipenghujung ramadan nanti. InSyaAllah..

ni menu untuk hari pertama bersahur, hari-hari lain tak dang nak snap..huhuu

Gambar-gambar juadah untuk berbuka setiap hari pun tak sempat nak snap, maklum laa bila pegang jeer hp, MNAS akan cepat-cepat ambik, macam hp dia ajeer.. Alahaiii

dah jumpa dah cendol sodapp nih...

Semalam teringin nak makan cendol so beli lah cendol Jitra Mai nih. Cendol ni diperkenalkan oleh Sue-Rya. Tq Sue memang betul-betul sedap...laksa dia belum try lagi, nanti nak cuba laa pulak...

Selamat berbuka puasa, bersahur, bertarawih, bertadarrus Al-quran dan bersedekah jariah dibulan yang penuh keberkatan ini... Dan selamat berhujung minggu..

Wassalam

1 comment:

  1. saya pun seronok sgt dpt masak utk suami dan anak2. lbh bagus mcmtu. mengeratkan ksh syg sesama keluarga.

    alhamdulillah, tercapai jugak hajat akak nk mkn cendol yg saya recommend tu ye. sedap kan. x jemu rasanya. nnt try mkn laksa pulak. kuahnye pekat! hehehe

    ReplyDelete