Tuesday, March 19, 2013

36 minggu

Assalamualaikum

Just nak update pasal perkembangan mak buyong yang terover buyong sangat dah ni...Alhamdulillah masuk minggu ni dah 36 minggu and to be exact 36 minggu 2 hari. Ada berapa minggu lagik ya nak meletopp, umm mungkin lagi 2-3 minggu lagi..Mungkin jugak esok or lusa yaa..kikiiki, redho jee bila-bila pun. Mental dan fizikal rasanya dah ready, tapi tak tau lah kan bila dah start sakit tu duk mula kelam kelibut kee apa..kuikui, harap-harapnya tak lah ya, cool dan bertenang doa-doanya. Kalau nak cakap dah ada pengalaman memang macam dah luper laa, yalah dah tak berapa nak ingat first experience dulu, yalah dah nak masuk 2 tahun setengah kan..of cozzz dah lupa, coz banyak urat dah putus..ceewahhh, baru anak sorang urat dah banyak putus yeaa. First experience dulu memang tak sempat nak rasa natural pain or nak rasa turun tanda sebab memang takder.. Dulu memang pergi menyerah diri kat spital sebab dah overdue lebih kurang 2 minggu tapi still takde tanda-tanda nak bersalin gakks. Gitulah penangan abang MNAS dulu, memang suka sangat duk lelama dalam perut ibu tuhh..hehehhehe, terpaksa doktor induced sampai dua kali induced pun tak jalan gaksss. Last-last kena or terpaksa c-zer gakks sebab heart beat abang dah sangat low masa tuh...Kali ni doa-doa semuanya dipermudahkan, kalau tak dapat cara normal memang tak nak push sangat laa kalau condition baby tak mengizinkan. So far doktor cakap semuanya Alhamdulillah tengok bila dah sampai masa dan ketika itu baru boleh decide. Tapi hari-hari selalu duk doa semoga dipermudahkan dan selamat both parties tak kira walau keadaan macam mana pun. Allah dah mengaturkan apa yang terbaik untuk setiap hambanya...


                    pic terkini 36 minggu
Memang hajat dihati kali ni nak go for normal, apa-apa pun kita hanya merancang dan selebihnya kita berserah dan tawakkal padaNYA. Masa nih, perkembangan nya takder lah ketara sangat dah tapi dari segi pergerakan ibu sangat lah perlahan, pergerakan baby tersangat lah aktif, asyik menendang jee especially kalau ibu lambat makan atau rasa lapar..wah bukan main berdancing bagai kat dalam tuh.. Semua aktiviti dan pergerakan ibu double triple slow dan sangatlahhh cepat penat. setengah jam sekali berulang ke tandas.. Kalau nak pergi mana-mana selalu duk buat research dulu tempat tu macam mana, berapa jauh nak kena jalan, ada bukit ke tak, ada berapa anak tangga, ada berapa longkang nak kena langkah, ada lif/eskelator ke tak, ada aircond ke tak....hahahahha, sampai macam tuu yaaa..tapi memang selalu push diri nih melangkah dan bergerak buat kerja kesana-sini dan satu lagi kalau tak push jugak  memang tak makan laa kalau kat ofis nih...Bukannya takde member-member yang duk offer nak belikan makanan tapi malas nak duk manjakan diri nih..Selagi boleh bawak perut ni kita redahhhh..hahahhaha


Sebab tu tetiap hari waktu lunch memang keluar daripada kawasan ofis nih, sebab nak banyak berjalan. Lepas tu mengah nya memang tak boleh blah laaa... satu yang amat ketara dah tak berselera nak makan sangat, dia macam sehari selera dan esoknya dah tak selera sangat nak makan dah dan selalunya skip dinner. Tertidur tanpa dinner just minum susu segelas sedar-sedar eh eh dah pagi..
Bila pagi mula lah menggelupur lapo.hehhehehhhehhe, macam-macam ya..

Nak kena sambung keja yang menimbun nih, kena setel jugak mana yang sempat sebelum meletopsss..hehehhe

So pada semua selamat rajin-rajin bekerja ya..

Wassalam..

4 comments:

  1. pejam celik pejam celik.. dah 36 minggu... waktu lahirkan fiyya bulan january lepas.. mmg tepat 36 minggu.. skrg fiyya dah 2 bulan setengah.. :)
    ape pun semoga semuanya selamat dan di permudahkan ye.. yakin boleh.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa la jass, cepat betul alih-alih dah 36 minggu dah...Wah best la Jass dah habis pantang dah...Doakan kiter ya...

      Delete
  2. cepatnya masa berlalu...dah tunggu time je tu kak.
    take a good care tau. xnak bgtau ke baby girl ke boy? heheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sihat kee Sue tuu..jaga-diri baik2 Sue pun tu...Haahaa takder masalah boleh jee berkongsi apa jantina baby ni..hehhehehe tapi xper lah kita tunggu baby keluar dulu..baru 100% confirm yaa...kikiii

      Delete