Friday, July 20, 2012

Island BBQ steamboat & burger bakar kaw kaw

Assalamualaikum

Tajuknyer,, ohhh terpanjang lah pulak. semuanya pasal makan dan makan sesajo..

Ahad(15/7/2012)
Lepas zohor baru keluar rumah menuju ke Wangsa Maju sebab nak uruskan dokumen pembantu rumah ni. On the way borak punyer borak dengan ayahnyer MNAS maka terkeluar lah cerita pasal burger bakar nih... Umm apa lagi sepantas kilat terus google kat mana kedai burger yang glamer seanterio lembah klang nih.. Macam-macam cerita duk dengar kalau nak makan burger nih kena beratur dan tunggu lama boleh makan sejam-dua jam.

Encik gugel duk tunjuk yang kedai burger nih kat Wangsa Maju.. Ohh molek benar lah kalau gitu, dah alang-alang sampai sini moh laa kita pergi carik lokasi sebenar kedai burger famous the amous nih. Carik punyer carik, Alhamdulillah senang jeer rupernyer lokasi kedai nih kat seksyen 2 tapi hampa sebab kedai belum bukak sebab masa tu baru pukul 5.30pm, waktu bukaknye pukul 7 ptg hingga 2 pagi..umm takper laa takder rezeki kali nih nak merasa.. Next time kita datang kata ayahnye MNAS untuk sedapkan hari leerr tuuw

Tukar plan sebab kehampaan, terus berdesup menuju ke Kampung Melayu Subang sebab nak pekena makan steamboat. Pertama kali nak try makan steamboat dekat sini, baca review daripada kawan-kawan semua bagi komen yang bagus jeer..so apa lagi, kena lah cuba sendiri baru boleh tau best ke tidak..

Senang je nak carik BBQ Island steamboat ni, sampai je area Kampun Melayu Subang jumpa Esso terus belok ke kanan kalau dari kota Damansara. Masa sampai baru pukul 6.10pm tapi orang dah ramai dan rupanya kalau weekends kena buat booking dulu..kalau tak book takut meja takada, kalau meja tak ada tak dapat lah nak merasa steamboat kat sini. Tapi Alhamdulillah masa sampai memang table dah fully book tapi sebab kitaorang nak makan sekejab je, tak ada la nak lepak lama pun sebab nak lepak macam mana sekarang, MNAS tengah duk aktif dan tak boleh duduk diam pun..asyik la nak berjalan ke sana-sini, makan pun tak nak..sikit je makan nasi goreng tuhh..steamboat memang MNAS tak makan lah sebab bila dia nak ambik jee mesti kena warning "HOT, HOT, HOT" UMMM REALLY HOT LA" So bila dengar perkataan HOT tu dia dah tau dahhh, tak boleh nak ambik dan pegang sesuka hati dia..hehehhehehe, sian anak ibu nih...

Suasana kat sini memang selesa dan ala-ala kampung gitu, open space makan berbumbungkan langit membiru dan berselang seli dengan lintasan kapal terbang yang nak mendarat atau baru berlepas daripada Subang Sky Park..Wah apa lagi MNAS seronok yang amat dapat tengok kapal terbang kat atas kepala dia..bising sekali mulut dia sambil tangan duk tunjuk kapal terbang itu...

Overall steamboat kat sini rasanya sedap dan amat sesuai untuk bersantai-santai dengan keluarga sebab suasananya memang tenang dan aman..BEST!

Nih address Island BBQ Steamboat ni...sila lah cuba memang akan puas hati



Ni antara seleksi steamboat yang duk ada boleh pilih samada nak kuah sup atau pun tomyam. Boleh pilih satu sahaja tak boleh ambik dua-dua sekali gus. Memandang kan baru pertama kali kat sini so kitaorang decide nak try kuah tomyam. Tak berapa nak kick lah steamboat makan ngan tomyam nih..tapi masih boleh laa di layan...terpulang pada masing-masing punyer citarasa..ada orang suka kuah tomyam dan ada orang suka kuah sup...next time boleh cuba makan dengan kuah sup pulak

Nak makan grill pun boleh, semuanya fresh daripada ladang jeer


ABC dan cendol pun duk ada tapi yang ni kena bayar asing

tengah syok duk pulun makan nasi goreng kampung...nak makan bersudu garpu bagai...aishhhh

nasi goreng yang keluar daripada pinggan lagi banyak daripada yang masuk dalam mulut..udang siap nak kena cucuk kat garpu baru nak makan(sebenarnyer jilat-jilat ajeer)MNAS tak boleh nak terima lagi seefood. Memang bukan favorite dia lah, lansung tak nak makan..belum sampai masanyee lagi..


Lepas dah kenyang mulalah MNAS start nak buat inspection kawasan sekitar island steamboat nih. seronok benar dia berlari sana sini sebab kawasan agak luas siap ada jambatan dan air terjun lagi...suka dia lalu-lalang kat atas jambatan tuu..

main lari-lari sampai berpeluh..ummm bagus tu lepas makan terus exercise ya...


Bila dengar kapal terbang terus stop dan otomatik akan dongak ke atas..Mesti dia pelik apa kebenda laa tuu, macam birds tapi besar sangat pulak..ummm kompius di situ..



Muka orang yang teruja sebab dapat makan steamboat yang dah lama mengidam nak makan..huuuhuu

ehh tergelap la pulak.....

tq sayang sebab bawak makan steamboat ni...nanti kita datang lagi ya..bawak kaum kerabat ..lagi best makan ramai-ramai kan..



Lepas dah kenyang makan steamboat nih, berangkat lah balik kerumah..ketat sungguh perut rasanyer sebab masa makan memang pulun baik puyer..Ingat kan dah tak ada lah acara makan-makan ni. Just nak berehat kat rumah jee laa kan...Tapi jangkaan memang meleset sama sekali, tiba-tiba ada orang tu memang teringin sangat nak rasa burger bakar kaw-kaw-kaw tuu..Hooo, hooo walaupun perut masih ketat demi orang tersayang aku turutkan....kuikui..
Pukul 9 malam keluar senyap-senyap sebab takut MNAS nak ikut pulak kalau bising-bising..hehhehee. so misi berjaya meloloskan diri...kena bawak kereta pulak malam-malam ni menuju ke Wangsa Maju daripada Shah Alam. Nasib baik ada DUKE, so berdesup jee lebih kurang 20 minit dah sampai ke gerai burger bakar kaw-kaw nih. Macam yang telah dijangka memang orang tengah beratur panjang dah...macam terjakun sekejap..Macam-macam manusia duk ada..hoohoo. Alhamdulillah pihak pengurusan dah buat peraturan yang betul-betul menyenangkan orang ramai. satu line untuk yang nak tapau dan satu lagi line untuk yang makan kat situ...

Fulamak, menu dia banyak nyer..ada yang bertingkat-tingkat dan ada yang letak cheese umm macam-macam lah..bila dah sampai giliran nak ambik order tak tau pulak nak pilih yang mana satu...semuanya macam sedap, rasa macam nak order semua..huuhuu tamak haloba betulkan...walaupun perut masih lagi ketat...

selepas menunggu hampir 30 minit akhirnya, impian menjadi kenyataan....so apa lagi jemput laa makan..sila-sila..
burger bakar kaw-kaw punyer..memang berbaloi-baloi lah bagi pencinta burger nih. kiranya sanggup duk beratur dan menunggu berjam-jam sebab memang rasanya memang sedap..Tunggu apa lagi, pergilah cuba sendiri.....

6 comments:

  1. saya dok kt kg mlyu sbg. tp x pena smpi lg kedai mkn steamboat ni. hehehe. slalu mkn steambot kt Papa Johns restaurant je.
    Salam Ramadhan buat akak n family ya :

    ReplyDelete
  2. SaLAM Ramadan almubarak sue, try la pergi mkn steamboat kt sini pulak...suasana dia mmg best dan berkonsepkan island dan ala-ala mkn kt kg gituh....aman, nyaman n tenang jeer,, selamat berpuasa

    ReplyDelete
  3. Kaklong: insyaAllah, bila nk dtg kl?boleh aku booking awal2..kui-kui..best tempat ni kak long

    ReplyDelete
  4. kakngah fatin : terliurrrrr

    ReplyDelete
  5. Salam. Tumpang lalu jap. Sesape yg berdekatan area meru, boleh la menjengah ke Kampung Garden BBQ Steamboat... Ada lebih 50 jenis pilihan makanan. Ada ayam, daging, ikan, sotong, udang, ketam, kepah, kupang, lala, shell dan macam2 lagi. Pastu yg specialnya, siap ada burger bakar skali gak dlm pakej bbq steamboat. Mmg berbaloi baloi... Kalau sesiapa nak try dan nak tau lokasi, leh search dan like facebook Kampung Garden BBQ Steamboat atau hubungi 011-18715702. TQ =)

    ReplyDelete