Saturday, January 4, 2014

Badminton tournament

Assalamualaikum

#imbas kembali

Cerita yang makan setahun baru update.. Haahaaa, biasalaa hujung tahun sibuk duk cuti nak mengabiskan baki cuti tahunan. Siaran tertunda yang wajib dicoretkan supaya dapat dijadikan reference masa akan datang.. Haahaaa poyoss.

Closed badminton tournament ni telah dilansungkan pada 21-12 dec 2013 bertempat di salah sebuah dewan badminton yang best dekat dengan ofis. 
Hah tu dia VS hall, best dan besar dewan nih. Banyak court badminton duk ada dan sistem ventilation nyer pun bagusss(ni bukan iklan yaa, pandangan peribadi sahaja). Balik cerita tournament nih, closed tournament maksudnya terbuka pada staff gan students sajok.

Pagi sabtu telah dilansungkan perlawanan beregu dan ahad perseorangan.. Wah sambutan memang amat menggalakkan. Punyer laa semangat berkobar-kobar nak main, dua-dua acara bantai join. Nasib baik hari berbeza kalau tak maunyeer terduduk kat tengah court tuhh.

Pagi sabtu pukul 9 pagi dah start game, terkagum kejab tengok ramai kanak-kanak riang ria training gan personal coach masing-masing. Semuda umur 3 tahun lagi dah berlatih.. hebat. Wah terer tuuu, macam segan, macam malu pulak nak main nih... Huhuuhuu

Sebelum main warm-up sikit lebih kurang, selsema makin menjadi-jadi pulak hari nih.. Achoom achoom, hingus duk melaju jeer keluar.. Nih kalau kalah kira ada laa alasan tuk disalahkan.

Lama sungguh tak main badminton gan kawan-kawan. #Throwback kejab# masa bujang-bujang dulu masa keja kat UM boleh dikatakan setiap minggu kira acara wajib nih, siap buat tournament sendiri gan sedia hadiah lagi tuuh. Semangat dan best sangat. Main dekat court dalam ppum tuh. Ada lagi keer court tu sekarang ni ya? Dah lama tak jejak kaki kesana dah lebih 5/6 tahun dah..kee lebih.

Ooh tersasar cerita kejab, lawan puyer lawan Alhamdulillah dapat masuk final.  3 jam lebih duk tunggu game, badan pun dah naik lemau, x larat dan makin kuat selsema. Bertabah jeer main, sepantas kilat game dah habis.. Huuhuu ceer teka menang keer kalah.. Wajib lah menang kan. Kikii takder maknanya kalah dengan jayanyer(kalah teruk tuu) dah tak larat nak duk kejar bulu tangkis tuu, pukul yang datang dekat-dekat jee yang jauh cuma dapat pandang jeer. 


Ni gah semangat lagi duk cam whore sebelum final. Lepas tu apa pun tak boleh.. Tak apa laa naib juara pun dah ok, yang penting dapat main dan exercise.

Ni lah hasil kemenangan tuuu.. Medal+sijil+ cash money. Alhamdulillah.

Esoknya tuk game perseorangan terus tarik diri sebab dah tak larat sangat san badan pun tak steady.. Rasa cam duk goyang-goyang jeer. Moral of the story kena main regularly dan exercise ooii jangan asyik duk ternak lelemak jeer.

Ok bye.

Wassalam

No comments:

Post a Comment