Thursday, January 2, 2014

Happy new year 2014...

Assalamualaikum

Selamat tahun baru untuk semua. Walaupun dah terlewat tapi tetap nak wish jugak. Biasa laa tuan rumah ni selalu tertinggal ketepi sehari dua.. "Me" factor not other factors.. Haahaaa

Mesti semua orang ada resolusi dan solusi baru untuk diri sendiri dan jugak untuk orang-orang tersayang. Apa-apa pun hidup ni perlukan adjustment dengan apa jua keadaan pun. Berapa banyak azam tahun lepas yang dah berjaya capai nii? Or carry forward lagi ke tahun ni, yang penting kita happy dan tak disturb other people life kan.. Go on jeer lah.

Tahun lepas punya azam almost semua tercapai. Alhamdulillah, 2013 tahun yang banyak kenangan-kenangan manis di lalui dan ada jugak laa yang pahit ditempuhi. Pahit tu adalah untuk peringatan supaya lagi bermuhasabah diri dalam setiap permasalahan yang timbul, supaya lebih tenang dan cool serta dapat keluar daripada tempurung/ kotak kebiasaan. Kelahiran puteri permata hati kami adalah anugerah terindah untuk kami, Alhamdulillah. Sekejapan saja masa berlalu Damia Hannah (DH) dah pun 8 bulan dan abang Nuh (MNAS) dah pun 3 tahun. Minggu depan MNAS dah start masuk sekolah. Another new chapter in parenthood life. 

Azam tahun ni daripada aspek kekeluargaan nak mengamalkan gaya hidup lebih sihat, banyakkan exercise regullarly dan spent more quality time bersama anak-anak. Kena carik aktiviti yang boleh have fun gan anak-anak dan family.. Nak jadi ibu, isteri, anak, adik, aunty, yang terbaik untuk semua..

Personal: ingin menyambung pelajaran, harapnya dibukakkan dan dikuatkan hati, dipermudahkan jalan dan diberikan segala ruang dan peluang menuju ke arah itu. Insha Allah

Dan yang paling utama ingin menjadi hambaNya yang makin baik dan solehah daripada hari ini, semalam dan masa lalu.

Malam new year, beria-ia bawak keluar abang gan adik nak bagi depa tengok lampu-lampu malam new year. First half berjaya, masuk second half dua-dua dah tertidur. End up ibu gan ayah celebrate new year gan berenti tepi jalan makan doroyan. Dah lama tak makan doroyan nih dekat setahun lebih dah, tak segila dulu pantang jumpa mesti nak beli n makan. Masa gah  syoik nak pekena durian nih tetiba adik DH bangun, terpisat- pisat matanya. Tak tahan bau durian laa tuuu...
Makan dua tiga ulas jee pastu yang lain bungkus wat balik rumah. Masih duk ada dalam tupperware dalam esbox tuu..

Adik buat muka bengang coz kena kacau tidur, ayah lak muka excited nak makan durian.. Heehehe

Adik malas nak layan ibu suruh pose....
Begitulah malam tahun baru kami, makan durian pastu lepak-lepak
Kat rumah sampai tertidur depan tv... Huk aloh,,, dengar mercun pom pum pam pun tak peduli, lagi tarik selimut.. Kuikui

Selamat tahun baru 2014

Wassalam

No comments:

Post a Comment