Wednesday, January 29, 2014

Selamat bercuti, happy CNY

Assalamualaikum

Selamat bercuti bagi yang ambik cuti panjang tuh, Gong Xi Fa Cai bagi yang meraikannya. Rasanya musim perayaan nih ambik cuti pun tak boleh kemana-mana. Almaklumlah jalan raya surely jem dengan kereta, tempat-tempat percutian pun konfem sesak dengan manusia, hotel-hotel mesti fully booked walaupun harga double or triple charge. Mewah betul rakyat Malaysia ya, asal cuti jee semua tempat penuh dan crowded. Imbas balik tahun lepas masa cuti CNY nih, pergi bercuti kat Pulau Langkawi. Fulamak jalan tak payah cakap lah jem tak ingat, sesampai dekat jeti Kuala Perlis pergggg terkejut beruk nampak lautan manusia gah beratur nak beli tiket feri. Rasa macam nak patah balik kl jee, tapi bila fikir balik dah alang-alang sampai sini dah, kita teruskan niat suci murni tu..ambik ko beratur nak beli tiket feri jee dah dekat sejam lebih...ummm tak sanggup dah rasanya nak bersesak-sesak macam tu dah la masa tu gah preggie 7 bulan...Kalau nak fikir balik memang gila laa. Naik feri pun bersesak-sesak, nak shopping pun berlanggar bumper to bumper. So cuti kali ni say big NO tuk holiday nih. Lepak kat rumah, pergi jogging dan exercise lagi terbaikkk. Boleh spend kualiti time gan anak-anak. Kalau nak jalan pun yang dekat-dekat sudah...




Tu dia.. penuh sesak gan manusia. Macam-macam orang ada dengan panas berdenting-denting. Nasib baik hotel dah book awal-awal, kalau tak tidur masjid laa jawabnya. Haahaa

Bila nak bercuti memang nak kena plan betul-betul, kalau tak nak bersesak memang kena pergi masa hari biasa. Tahun ni kena jimat-jimat cuti laa, macam-macam tempat duk ada dalam kepala nih. Tak tahu la tercapai ke tak...itu belakang kira laa. Nak bawak Damia pergi holiday pulak, dah nak dekat setahun rasanya takda lah banyak masalah sangat. Damia ni kalau bab berjalan memang nombor satu, suka sangat dia. Bila duk dalam kereta tu kepala asyik pandang kiri-kanan jee menikmati permandangan luar. Kartun ke apa kee memang dia tak suka layan. Abang Nuh masa kecik dulu pun senang jugak bila travel tidur jee memanjang. Ni dah besar nih suka melayan kartun pulak dalam kereta, naik bosan ibu gan ayah duk tengok kartun ABC tuu duk ulang-ulang..Lepas ABC, Pocoyo, Car pastu rotate balik pergi dan balik..dah boleh hafal dah..Muntohh







Gambar tahun lepas, ulang siaran sebab nak tengok kemontelan diri sendiri masa tuu...Ceria jee walaupun penat bersesak-sesak gan bawak perut yang gah membuak-buak tuu..Adik Damia dalam perut lagi masa nihh.. Abang macam biasa lahh suka sokmo bila dapat bercuti....Semua gambar bahagian atas jee, sebab bahagian bawak tak lepas nak masuk dalam kamera..hahhahah

Muka mak buyong yang tengah kepenatan selepas duk berjam-jam menunggu feri nih, gan megah tak berapa nak cukup O2 bagai...hehheheheh. Pengalaman itu semua, tapi walau macam mana bentuk kepayahan segalanya terbayar sebab dapat spend quality time gan famili. Dapat makan, jalan, borak-borak dan bergelak ketawa bersama tanpa duk rushing mengejar masa. 

Buat semua happy holiday, kepada yang pergi bercuti selamat bercuti dan kepada yang pulang ke kampung halaman selamat bercuti jugak...besttt tuu kalau dapat balik kampung..ummmmm jeng, jeng..kena usha tiket flight nih...ekekekek..


Wassalam

No comments:

Post a Comment