Thursday, January 30, 2014

Damia 9 bulan - merangkak sudah

Assalamualaikum

Hari isnin lepas, balik je dari kerja duk golek-golek gan anak-anak kat hall tempat depa ni melepak dan main. Tengah abang kalut duk susun mainan dia, tetiba adik Damia dengan selambanya merangkak pergi nak ambik mainan abang yang gah duk cantik tersusun tuh. Seimbas tengok macam tak percaya pulak, sebelum ni memang dah boleh merangkak tapi satu dua step jee lahh. Macam tau jee ibu macam tak percaya dibantainya dia merangkak lagi dan lagi.. Wah impress kejab dan speechless, rupanya daripada pagi lagi dah boleh merangkak dengan jayanyeee..hehehhe, syabas adik!

Muka happy sebab ibu duk bising duk tiupkan kata-kata semangat. Poyo betul ibu aku nih, aku relax jee ibu ni kecoh-kecoh pulok..hehhehehehh. Abang kat belakang pun duk sibuk bersorak tuk adik...

Macam segan pulak saya, ibu ni tak habis-habis duk ambik gambar saya. Dah laa rambut saya tengah horror tuh. Tak berapa nak jelita sangat nih...buat-buat pandang tempat lain laaa...

Oooh mana mau larik tuu, hah kan dah dapat ambik gambar depan-depan. Opocot terkejut saya, ibu nih...


Sempat lagi tuu merangkak sambil tengok tv. Favorite dia mestilah iklan. Semua iklan lah dia suka, kalau menangis pun boleh stop kejab, habis sambung balik. Kusyuk betul bila tengok iklan. Bila panggil pun buat tak dengar jeee..

Ni bila dah start merangkak semua benda kena extra carefull. Mainan-mainan kecik memang diharamkan abang main dekat dengan adik, risau takut masuk mulut. Bila adik dah bebas bergerak ni, abang Nuh selalu tension sebab adik suka benar duk menyakat abang gah main. Semua permainan yang abang gah susun-susun tu mesti adik akan cepat-cepat pergi nak join main sama. Bukan takat join semata tapi nak robohkan/kacau dan nak ambik tuk wat main jugak...pressure abang Nuh. Sekarang nih, bila tengok adik merangkak nak pergi kacau cepat-cepat abang datang depan adik sambil cakap baby, baby NO NO kuat-kuat. tercebek-cebek adik Damia dibuatnya, pastu cepat-cepat pandang ibu minta simpati. alahai....Abang masih dalam fasa tak boleh nak share barang mainan gan adik lagi especially barang yang baru dibeli. Adik nak sentuh sikit pun tak dibaginya. Sian adik...Tu dulu, lately ni bila abang cakap NO, NO adik dah siap balas balik tu ummmmmmmmmmm kuat-kuat. Hahahaha agaknya adik nak cakap abang ni dah kenapa kedekut sangat hahhhhhh?Seronok tengok gelagat dua beradik nih....Harapnya abang sikit hari lagi faham laa dan tak kisah nak main sesama gan adik, sebab bila adik takda kejab jee kalut dia duk pergi carik adik depan dan belakang..huuhuu sayang sangat kat adik tuuu...sape tak sayang adik kan..


Wassalam

2 comments:

  1. alalala..besar dah dia dah pandai merangkak. baby saya dah start angkat montot skang, mengesot je. hehehe

    ReplyDelete
  2. wahhhh. rindu damia

    ReplyDelete