Tuesday, January 7, 2014

Damia Hannah 8 bulan

Assalamualaikum

Sudah 7 hari dalam tahun baru ni ya, cepatnye...tahun baru nih, awal-awal tahun lagi dah kena pindah bilik ofis. Perkara yang paling seksa nak buat, yalah sebelum pindah nak kena kemas. dah nak masuk 3 tahun dah kerja barangnya boleh tahan laah banyak jugak. Kiranya pindah ni pun ke bilik yang lagi besar dan lagi privasi. Sesuai untuk buat apa-apa sahaja secara dendiam jugak..hahahha. Kemas punya kemas um boleh tahan jugak lah banyak nya fail-fail, buku-buku dan dokumen yang perlu diangkut bersama.

Boleh tahan jugak banyaknye, ni baru separuh. lagi separuh dah selamat duk diam-diam dalam bilik baru.

Masuk minggu kedua ni dah sepenuhnya pindah dan kemas pun dah habis. Cuma tak sempat nak wat deco ala-ala Eric lagi tuu...pelan-pelan laa, nak kena beli aksesori sikit nak bagi bilik kerja ni lively sikit...Almaklumlah tahun baru kan azam pun baru gakk..


Masuk ke topik sebenar, adik Damia dah pun 8 bulan. Nak coretkan perkembangan setakat hari ni...

1. Sudah ada 2 batang gigi  central insisor bawah left and right. Bila BF kan main lagi dia buat eksperimen dengan giginya tuu. Menjerit ibu dibuatnya pastu dia gelak...eeehh geram jee rasa, nasib baik tomey. Sekarang ni kalau dia tak berapa lapar tapi nak BF jugak dia akan hisap sambil pandang jee muka ibu pastu pelan-pelan gigit pastu gelak besar..hahahhaha, pandai sungguh dia ni tau..
2. Dah boleh duduk dengan steadynya. Kadang-kadang terlentang jugak ke belakang pastu buat drama terus.
3. Sangat fanatik gan ayah dah...Kalau nampak ayah tengah menangis pun boleh terus tukar mood, daripada bermuram duka terus tukar kepada mood ceria, excited semua. Siap dengan sound effect gan action lagi tuh, kepak-kepak tangan nak suruh ayah angkat dia..anak ayah sanggat..


4. Kuat merajuk lagi, bila nak tidur memang satu aper pun tak boleh...Jam-jam tu jugak kena tidurkan dia kalau tak meraung satu taman boleh dengar..
5.Merangkak dah boleh setapak dua tapak ke depan yang lain asyik terundur ke belakang ajee
6. sehari 3 kali makan daah. breakfast pukul 8, lunch pukul 1 dan dinner pukul 5.30.
7. Tangan dah makin cepat mencapai apa saja barang yang boleh dicapai.kena extra careful daa
8. Main walker dah pandai kayuh ke depan daah
9. Suka main kereta abang
10. Makin kuat menjerit tak kira masa...nak komunikasi gan orang laa tuu
11. Dah pandai buat sound yang bererti exp: mama = makan, a'ah = ayah, bu = ibu, baan = abang.
12. Makin meninggi dan badan dah tak bum-bum macam dulu
13. Berat last timbang dalam 6.7kg
14. Suka jalan-jalan, boring kot asyik terperap dalam rumah setiap hari yea

15. Dah pandai pose bila talakan camera kat dia. Anak pompuan cepat belajar benda-benda cenggini...

Amboi adik Mia, dah pandai pose jeling-menjeling yaa..ummm


Bukti...letak kat bawah ke, atas kee camera tuu tetap dia bole carik dan pose..hahahhah
Wassalam

No comments:

Post a Comment